Tuesday, August 18, 2009

Alhamdulillah... Bro Juara!!!


Juara Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena 
52 Tahun Kemerdekaan 
Peringkat MSU

"segala puji dan puja hanya untukMU ya ALLAH"

Alhamdulillah... pada hari ini menjadi satu kenangan untuk bro dalam dunia sajak apabila menjadi Juara Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena 52 Tahun Kemerdekaan Peringkat MSU. Bro mendeklamasikan sebuah sajak dari buku Jamung Merdeka "Terima Kasih Pengalaman" karya Solihin Othman. Sebenarnya bro tidak menjangka kemenangan ini kerana mendapat cerita ada juga pelajar yang pernah menjadi juara kebangsaan masuk. bukan menang atau kalah jadi hal pertama, tapi minat bro dalam bidang sajak dan puisi ini dapat diketengahkan. Itu sudah menjadi kepuasan Bro.

Nanti bro akan masukkan video n gambar2 yang lain k. terima kasih kepada penulis karya dan juga guru saya dalam bidang mendeklamasikan sajak ini, En Solihin Othman. Juga tidak lupa pada orang tersayang yang mendoakan kemenangan ini... :) 
 

p/s: walau setakat peringkat universiti. Semoga ini menjadi titik tolak untuk bro kembangkan minat ini. 

TAHNIAH UNTUK JUARA SAYEMBARA PUISI PERINGKAT KEBANGSAAN YANG JUGA MENDEKLAMASIKAN SAJAK YANG SAMA. TAHNIAH!!!

untuk pengetahuan... maksud ADICITRA  : PELBAGAI CITRA
     ADIWARNA: PELBAGAI WARNA



Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

No comments:

Post a Comment