Monday, February 2, 2009

jika dan kenapa

jika

jika disekolah kau manusia
kenapa diluar kau berubah

jika disekolah kau belajar
kenapa sekarang kau kurang ajar

jika disekolah kau belajar agama
kenapa sekarang kau seperti tidak beragama

jika disekolah kau berbaju sopan
kenapa sekarang kau telanjang seperti haiwan

jika disekolah baik tutur bicara
kenapa sekarang carut jadi bahasa ibunda

jika disekolah kau taat dalam beragama
kenapa sekarang kau sudah pandai dating berdua

jika disekolah kau kesayangan guru2 dan ibu ayah
kenapa sekarang kau tegar disayang dan dibelai kekasih semata

jika disekolah kau belajar hukum dan akidah
kenapa sekarang kau tak kesah untuk zina

jika di sekolah tudung labuh menutup dada
kenapa sekarang silang2 menunjuk apa yang ada

jika disekolah kau kebanggaan mak dan bapa
kenapa sekarang kau tegar dicop anak derhaka

jika disekolah diajar utamakan keluarga
kenapa sekarang buang mak buang bapa kerana teman hati sidurjana

jika disekolah menunduk malu pada jejaka
kenapa sekarang dengan kekasih berpegang tangan bertentang mata berdua

jika disekolah tertib akhlaknya
kenapa sekarang hancur bagai tiada ajarannya

jika di sekolah kau gadis solehah
kenapa sekarang kau berubah

kerana jejaka?
dia belum tentu untuk dirimu selama-lamanya...
dan jika dia merubahmu kepada teruk dan nafsu semata
dia bukan terbaik untukmu
untuk kawan2?
mereka akan pergi jua
kerana ingin perhatian?
ALLAH tidak jemu memerhatikan mu setiap masa
kerana aku ingin menjadi aku?
haiwan berdoa untuk manusia
kenapa kita ingin menjadi hina...
tapi dambakan syurga...

kenapa kau berubah,
JANGAN KACAU HIDUPKU
adakah sesenang itu jawapannya?

Free Signature Generator

2 comments: