Saturday, February 14, 2009

sebelum kamu paralyze dibius cinta...


antara pelajar msu yang hadir
"talkshow aku dibius cinta"



"cinta itu juga perlu diikuti dengan tanggungjawab...
jika pelajaran pun kamu masih tak mampu nak handle
kamu masih belum layak nak mentadbir cinta insan yang sejati
buang rasa cinta itu... sesiapapun jodohku, aku rindu padamu...
sekarang usaha untuk kekalkan cinta padaNYA"
-bro knie-
-untuk diri-


"segala puji dan puja hanya untukMU ya ALLAH"

assalamualaikum...

"aku dibius cinta"

"jangan setakat merancang ke pelamin, tapi hingga ke lampin"

apa ayat2 diatas ni? 

sebenarnnye bro baru balik dari talkshow "aku dibius cinta" anjuran Nisa' Shah Alam. penceramahnya, ustaz hasrizal( www.saifulislam.com ) n ustaz uda kassim. benda ni dibuat di kompleks pkns shah alam.

:)

senyuman yang bro boleh bagi... 

best...

membincangkan masalah yang dihadapi remaja sekarang. masalah cinta, masalah pergaulan, masalah dan masalah...

ustaz hazrizal banyak menggunakan balik point2 di blog www.saifulislam.com dalam hujah2 beliau. 

ustaz uda kasim banyak membawakan kisah2 dari sirah nabi dan juga kisah pengalaman semasa beliau remaja.

cinta. 

ustaz hazrizal menghuraikan pandangan memainkan peranan penting dalam kita membicarakan masalah cinta. jika apa yang kita pandang itu betul, maka betulla jadinya. jika salah, salah la jadiinya, pandangan manusia diberitahu berbeza2 mengikut maksud2 dalam penggunaan perkataan dalam al quran. 
-pandangan biasa, 
-pandangan dengan akal, 
-pandangan dengan nafsu, 
-dan pandangan dengan hati

beza pada pandanga ini membawa keptusan yang berbeza. 

ya...tol tu... bagi bro benda ni penting. pandangan kita pada cinta itu sendiri. 
pandangan nafsu... pandangan yang bagi bro kelakar dan ini lah yang selalu terjadi. setiap orang pasti akan ada pengalaman.

bg bro

c-cepat
i-indah&iman
n-nafsu
t-terumbang ambing/terurus
a-akhlak/akal/ALLAH

cepat je leh jatuh cinta, bagai satu aliran elektrik jika terkena.
cinta itu akan jadi indah jika dibaluti batasan iman
tapi jika semuanya mengikut nafsu
hidup akan terumbang ambing, dan sukar untuk terurus
dan masa itu akal akan berfikir, mampu ke aku jaga akhlak bercinta aku, adakah ini cinta sejati yang membawa ke cinta ALLAH yang hakiki...

kita bertanya pada diri sendiri, adakah apa yang kita rasakan, perasaan  ini betul atau tak... mendekatkan kita pada ALLAH atau tidak. kita sahaja yang perlu tentukan.

"jika kau cari wanita ditepi jalan, dapatlah yang ditepi jalan, 
jika kau cari wanita di masjid, dapatlah yang dimasjid"

-kata2 ustaz hazrizal yang dipetik dari nasihat bapaknya

tapi... sebagai lelaki... pikir pulak macam ni... jika perempuan lak yang pikir...

"jika kau cari lelaki ditepi jalan, dapatlah yang ditepi jalan, 
jika kau cari lelaki di masjid, dapatlah yang dimasjid"

so... sekarang ni kita ni jenis lelaki yang bagaimana? tepi jalan ke masjid...

adus...

last dari ustaz Uda Kassim, sirah sahabat... muadz bin jabal. seorang sahabat...

semasa nazak, semasa hampir dengan sakaratul maut, Muadz  ini mengalirkan air mata, bertanya sahabat kenapa, aku rindu dan sayang nak tinggalkan 3 nikmat dunia. "apa kah nikmat itu" tanya sahabat...
jawapan dari muadz...

-nikmat berjalan di dalam kesejukan dan dalam gelap hari untuk ke masjid untuk solat subuh
-nikmat ke majlis ilmu
-nikmat berjihad fisabilillah.

sahabat... ni lah  jawapan pada 3 nikmat yang menjadi satu kerinduan..

tapi bagaimana dengan kita... saya sendiri. kesungguhan dalam setiap tanggungjawab itu penting...

tq pada sesiapa yang menganjurkan program ini... n yang mengajak bro, semoga akan dibalas ALLAH dengan syurga insyaALLAH...

"kejatuhan andalusia disaat remaja lelaki menangis dibawah pokok kerana wanita menolak cintanya, saat itulah kerajaan islam dijatuhkan." ustaz uda kasim

so....

mari kita berfikir, cinta, tanggungjawab, akhlak dan dimana halatuju CINTA itu jika kau ingin "DIBIUS CINTA"

No comments:

Post a Comment