Friday, January 9, 2009

sekilas pandang

sekadar secebis dari banyak pandangan...
bro tertarik dengan artikel ini kerana apa2 pun... pertanyaan ini jika kita dapat kaitkan dengan diri memang bagus...

artikel ini diambil dari...

http://dzulkhairi.blogspot.com/
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Apa kata anda…
Bertembung kelas pengajian dengan seminar yang disampaikan oleh Dr Siddiq Fadzil?( bro x kenal,mungkin kite bole kaitkan dengan salah satu seminar) Mana satu pilihan anda?
Secara telus, saya tak nak dengar jawapan membodek.

Kedua: Mengapa anda mahukan orang lain ke program anda sedangkan anda sendiri kurang melubatkan diri dengan kegiatan yang bermanfaat seperti seminar dan wacana yang diadakan oleh persatuan lain?

Anda berasa geram apabila ramai yang tidak menghadiri sukaneka yang tidaklah memberi kesan yang besar kepada mereka tetapi anda sendiri tidak melibatkan diri sebagai hanya pendengar seminar dan wacana anjuran mereka.

Ketiga: Anda mungkin geram dan berkecil hati apabila hanya sedikit mahu berusrah dengan anda walhal anda tidak perasa, kendalian usrah anda tidak bermutu. Jika pun bermutu, ia tidak mencambah dan bercambah.

Keempat: Anda berasa kesal dengan beberapa tindakan pimpinan yang dianggap kurang atau mungkin tidak matang tetapi anda tidak hadir dengan satu proposal yang baik untuk dikonseptualkan, atau terus diimplementasikan.natijahnya, lahirlah ahli yang pandai dan bijak mengkritik tetapi hampas daya minda.Sukakah anda meneruskan yang lama tanpa berubah?

Sukakah anda jika pemikiran anda dikongkong dan dipaksa untuk menerima tanpa berfikir?

Atau, anda takut berubah kerana natijahnya tidak pasti?

Saya hanya bersoal, bukan mempertikai..
--------------------------------------------------------------------------------------------

bro suke mengambil pertanyaan ini dalam kontek diri ini...
macam bro, banyak mengkritik tapi kurang berkerja...
semoga belajar dari pengalaman...
amin...
....ampunkan diri ini ya ALLAH...

Thursday, January 8, 2009

SiTuA yAnG bErSaNdAr

tersandar aku ditiang tua ini
berpeluh aku mengah nafas ini
aku memandang keliling surau tua ini
berhabuk dan buruk
dan aku memandang ke jenang tingkap itu
kesan ratahan anai2 menjadi hiasan dan penyeri

ya..
aku termenung dan bersandar
sukar aku gerakkan badan ini
lemah dan bisa rasanya
kudrat semakin hilang
tulang berbungkus kulit
kedut menjalar tubuh

usia ini sepatutnya sudah tamat
sekarang patutnya hilang nyawa ini
tapi aku masih berpeluang disini

aku menutupkan mata
mengenang siapa pemilik jiwa ini
yang banyak dosa
banyak noda dan banyak silapnya

aku terbang ke alam muda ku
aku mengeledah alam remaja ku
aku menyingkap alam gembiraku
aku mencari siapa diriku

ruang diberi aku gunakan
bertajuk remaja
remaja ku dihabiskan
gembira...tiada duka... semuanya aku yang punya
hidup bagaikan seribu tahun yang akan tiada hentinya
aku berpesta tidak punya hadnya dan waktunya
dengan slogan"katakanlah apapun, aku tetap aku"
tidak kenal haram
semuanya halal
dan...
semuanya aku lupa...

ah...
aku tersedar...
kenangan lama tergiang2 kembali..
menghantui diri...

aku mengesat air mata
kenapalah aku dulu alpa
quran ku tinggalkan
agama ku buangkan
yang aku nampak dunia
semua kerana aku lupa
pada pencipta

YA ALLAH
terima kasih kerana memberikan aku peluang ini
aku kembali pada MU..
aku bertaubat padamu...

dan adakah ada esok untuk diriku...


selesai...

knie_bob99
1552pm
1143

teman...
sedikit bingkisan dari hati ini. coretan yang aku takut untuk keutarakan. adakah ada tua pada diri ini. adakah akan kedut pada diri ini. atau aku akan kembali ke 'tempat asalku' sebelum aku mengapai tua.

teman...
ya, kita masih muda, tapipercaya tak kita tidak tahu adakah kita akan merasa tua. masih beruntung si tua yang bersandar ini jika dibandingkan dengan kita. dia ada waktu untuk bertaubat, dan airmatanya untuk satu penyesalan. tapi, dimana kita sekarang, adakah air mata kita untuk satu penyesalan dan satu tekad? atau kerana wanita atau kekasih sahaja.

teman...
aku bukan orang selayaknya untuk berbicara soal ini. selama ini apa2 sahaja luahan hati ku akan ku luahkan dalam sajak... tetapi aku hari ini ingin mencoretkan sedikit sahaja sajak untuk dirimu..

teman...
hidup kita ini tidak lama, hidup kita ini hanya lah sementara... setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati....

teman...
adakah selama ini kita sentiasa ingin mendekatkan diri pada yang MAHA ESA? adakah cara yang digunakan betul? ya... kita ini golongan muda, golongan yang akan menggantikan pejuang2 sekarang... tapi kita juga adalah golongan lemah, cetek ilmu, dan tinggi emosinya, mungkin kah apa sahaja yang kita lakukan yang kita merasakan betul itu adalah betul?fikirkan...

teman...
jatuh bangun diri aku adaketika melemahkan aku, mungkin aku bukan lagi seorang pejuang yang akan tersenyum dengan ujian yang mendatang... aku lalui ini dengan rasa bercampur aduk. ya, persoalan2 bodoh selalu timbul...
why?
why?
why?
tapi tiada siapa yang akan mendengar alasan bagi sebuah kegagalan, walau kau ada seribu alasan yang kau rasakan betul dan ingin kau luahkan pada yang bertanya, diamkan, percayalah, tiada siapa yang akan mendengar. tapi bila kau berjaya, walau kau hanya ada satu alasan dan kau reka 1000 alasan, pasti orang akan mendengarnya. kerana.... kerana KAU BERJAYA...

teman...
gagal atau berjaya itu bukan aku ingin bicarakan dari pendidikan sahaja, walau aku memang masih belum berjaya dalam hal ini... tapi juga dalam apa2 sahaj bidang... teruskan mencari,...

teman...
teruskan pendakian dalam ruang pergerakanmu, teruskan berjalan diatas jalan keinsafanmu, jangan kau tanya soal berjaya atau tidak, tapi...

"...kau akan merasakan apa makna sebuah perjalanan digelar kehidupan...."

Wednesday, January 7, 2009

qunut nazilah...


innalillahhiwainnalillahirrajiun
apa agaknya perasan orang yang mengambil gambar ini
...
tiada kata yang aku boleh katakan bila melihat gambar adik2ku di palestin diperlakukan begini ...
apa perasaan mu wahai sahabat? jika ini saudara2 kita di Malaysia... kau akan memberontak, kau akan memenggal kepala sipunya angkara, tapi kenapa perasaan marah mu hilang jika ia nun jauh di palestin???
kerana mereka jauh?
kerana mereka bukan bangsa mu?
kerana mereka bukan keturunanmu?
kerena mereka bukan rakyat MALAYSIA yang dibanggakan ini...

sedarlah... pendirianmu silap... 
umat Islam tidak terbatas dengan sempadan....

fikikan...
kita rasa jauh atau dekat dengan perjuangan mereka?


dari berita harian...

Hamas, Israel bertempur di darat


Sembilan anggota tentera Yahudi maut, tetapi kerajaan enggan mengesahkan

BANDAR RAYA GAZA: Kira-kira sembilan askar Israel dilaporkan maut atau cedera parah dalam pertempuran di Gaza, namun Kerajaan Israel enggan mengesahkan laporan berkenaan dan mendakwa hanya lapan askar cedera dalam kejadian itu. 

Bagaimanapun, tentera Israel mendakwa kononnya setakat ini hanya lima askarnya terbunuh dalam pertempuran sejak Sabtu lalu, termasuk seorang pegawai payung terjunnya, semalam.



"Seorang pegawai Israel terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza, malam Isnin lalu," kata jurucakap tentera yang dipetik AFP di Baitulmaqdis, sambil mendakwa kematian itu mungkin berpunca daripada tembakan anggotanya sendiri tanpa sengaja. 

"Kematiannya menjadikan lima askar Israel terbunuh sejak tentera berkenaan melancarkan serangan ke atas Hamas sejak 27 Disember lalu. Tiga daripadanya mati akibat terkena 'tembakan rakan sendiri' dalam pertempuran di Gaza. 

Hamas, yang melancarkan berpuluh-puluh tembakan roket kepada Israel, berikrar akan menanti askar Israel 'di setiap penjuru jalan dan lorong' di bandar ini.



SEORANG pejuang Palestin memeriksa kawasan runtuhan yang musnah dalam serangan udara Israel di Gaza, malam semalam.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan negaranya akan terus memerangi Hamas – yang masuk hari ke-11 sehingga keadaan menjadi 'tenang dan aman' di selatan negara berkenaan. 

Penduduk di bandar utama wilayah berkenaan melaporkan pengeboman dari arah darat dan udara, menyebabkan asap tebal menyelubungi ruang udaranya dan api menerangi kegelapan malam di daerah utara Zeitoun, tempat pertempuran paling sengit. 

Dalam kenyataan pertamanya bagi mengakui pertempuran di jalan raya Gaza di antara Israel dan Hamas, pihak tentera menyatakan pasukan udara dan artilerinya turut 'membantu pasukan darat dengan melancarkan serangan ke atas kawasan Hamas yang digunakan sebagai tapak pelancaran roket.' 

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, menyatakan jumlah kematian setakat ini sudah meningkat kepada 534 orang dan sekurang-kurangnya 2,470 orang tercedera. PBB juga mengakui bahawa 'keadaan yang membahayakan kakitangan perubatan serta keadaan sukar untuk mengeluarkan mangsa yang tercedera daripada kesan runtuhan' itu, menyebabkan pengiraan mangsa menjadi bertambah sulit.

Reuters memetik pegawai perubatan tempatan sebagai berkata, semua 13 anggota sebuah keluarga terkorban dalam letupan yang berlaku di sebuah rumah di timur Gaza. Menjelang jam 3 petang, 25 rakyat Palestin terkorban sejak awal pagi saja, sekurang-kurangnya 10 daripada mereka adalah kanak-kanak. 

Sesetengah penduduk diberi amaran oleh askar Israel menerusi mesej yang dirakam dalam bahasa Arab bahawa mereka akan memusnahkan Hamas dan 'kami akan menggunakan apa juga cara untuk melakukannya.' – Agensi


ya ALLAH.... 
bantu saudara2 kami ya ALLAH....
 kemenangan pada keputusanMU... 
tetapkan iman mereka dan kami yang tidak mampu berjuang dimedan syahid itu ya ALLAH... kuatkan hati dan fizikal pejuang2 hamas..

ya ALLAH...
kau lemahkan tentera2 haram itu 
kau hancurkan mereka
kau takutkan hati mereka
biar mereka lari dan mati

ya ALLAH
kau kuatkan juga ulama' kami
supaya dapat mendidik dan melahirkan pejuang2 baru
menggantikan para syuhada'

ya ALLAH,
pad KAU la kami sembah dan kepada KAU lah kami mengharap pertolongan...

Kenyataan Ikhwan Muslimin - www.halaqah-online.com

dengan Nama Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwalak kepadanya (Walak = tempat kecintaan, rujukan dsb. - pent.)..

Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21). “Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)’. “.

Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.
Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, ‘Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di peghujungnya. Firman Allah swt bermaksud, “Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu” (Al-Ahzab:23). Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halangannya, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.

Ya, wahai pendokong Dakwah di Palestin, bahkan dengarlah wahai semua penduduk dunia ini !

Bukan resolusi-resolusi Persidangan Anapolis atau PBB, bukan juga sidang-sidang damai bersiri demi siri, bukan juga janji-janji palsu dan ancaman yang berterusan. Buka semua itu atau seumpamanya yang akan mengembalikan hak-hak dan menamatkan Penjajahan.

Hak-hak kita akan dikembalikan, musuh-musuh kita akan terpaksa mendengar permintaan kita hingga mereka keluar dari negeri kita atau duduk dalam sidang yang serius yang boleh mewajibkan mereka mengembalikan hak-hak kita, hanyalah melalui Penentangan semata-mata, Jihad yang berterusan, berpegang teguh dengan Prinsip-prinsip, perpaduan dalam tanahair, menghidupkan ruh Penentangan dan perasaan yang tinggi, cinta kepada Syahid dijalan Allah dan tidak takut kepada mati.
Sidang Damai Annapolis 2007. Kelihatan Perdana Menteri Israel, Olmert, Presiden Amerika, George Bush dan Mahmud Abbas, Ketua Parti Fatah Palestin mencapai perjanjian.Sidang Annapolis 2007

Wahai para mujahid Gerakan HAMAS,

Sesungguhnya kamu telah menyambut panji-panji Jihad Penentangan terhadap Penjajahan dari generasi terdahulu. Kami telah mengibarkan panji-panji “Syahid atau Menang”. Kamu telah menyumbang para Syuhadak demi para Syuhadak yang diberkati. Betapa pemurahnya kamu menyumbangkan ribuan yang disumbat ke dalam penjara, ribuan yang menjadi luka dan cacat, ribuan janda dan anak yatim. Apabila perasaan lemah dan Wahan (cinta dunia dan takut mati – Hadis) menyelinap masuk ke dalam jiwa orang-orang yang terdahulu dari kamu di jalan Penentangan ini (mereka dulunya berjuang, kini bersekongkol dengan Amerika dan Israel – pent.), kini kamu wahai HAMAS, sehingga ke saat ini, menjadi batu pejal yang menghempap yang memusnahkan angan-angan Penceroboh, Perampas tanah dan Penjajah. Sejak 20 tahun lalu, gerakan mu tersebar di seluruh Gaza yang diberkati, Tebing Barat yang dipenuhi Jihad dan di pelusuk Palestin, dengan mengangkat panji-panji Intifadhah (kebangkitan) bersama-sama mereka yang bangkit, dan panji-panji Penentangan bersama-sama mereka yang menentang. Kamu dapat memastikan kesemua kumpulan di Palestin bernaung di bawah panji-panji Jihad dan bertarung dengan Musuh yang jahat lagi kotor, yang berusaha sepenuh tenaga untuk memecahkan kesatuan barisan rakyat Palestin. Malangnya musuh berjaya dalam banyak aspek dimana dikalangan sebahagian pemimpin Palestin ada yang menyifatkan usaha-usaha Penentangan sebagai sia-sia, Jihad dengan gambaran yang jelek yang Musuh-musuh sendiri tak tergamak untuk menyebutnya.

Ya, musuh telah berjaya membunuh simbol perjuangan Palestin, Yasser Arafat dengan menggunakan racun oleh orang-orang yang rapat dengan beliau supaya kumpulan lain yang disukai oleh musuh pula menguasai medan melalui segala bentuk godaan, ancaman, janji manis dan amaran sehingga kepungan yang zalim ini dapat berjalan dengan kerjasama kumpulan tersebut yang membantu menyiksa umatnya dan menghukun rakyatnya sendiri.

Wahai para Mujahideen HAMAS,

Telah berlalu hari-hari yang perit, dan kamu telah brtahan teguh dengan sebenar-benarnya. Penentang dan ketahanan kamu bersama dengan para penentang, mujahideen dan seluruh pelusuk dunia, telah memberikan kesan dalam menamatkan tempoh pedih dalam sejarah dunia dan Amerika yang dikuasai oleh kumpulan perampok dan orang-orang jahil ditampuk pimpinan Amerika dan antarabangsa sehingga membawa kepada kehancuran dan kerugian. Di penghujung tempoh kumpulan ini dibawah kepimpinan George Bush II, tersebar dari pusat-pusat penyelidikan terhadap jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan. Adakah didunia ini siapa yang akan mengadili mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, setelah mereka dihukum di Pilihanraya Amerika, supaya ianya tidak berulang di masa akan datang? Jutaan manusia terbunuh, jutaan tercedera, penyiksaan yang mengerikan, tawanan rahsia, penjara rahsia dan belum lagi penggelapan ratusan bilion dolar, mensia-siakan usaha tenaga perusahan dan perniagaan serta kekayaan di peringkat antarabangsa !

Sesungguhnya tempoh perit dalam sejarah dunia juga tamat bermula di zaman Presiden Reagan. Kini dunia bersedia pula untuk masuk ke fasa baru. Umat Arab dan Islam mestilah mempunyai peranan dan tempat akan tetapi titik permulaannya ialah kita mesti merubah apa yang ada dalam jiwa kita, kemudian kita mendapatkan semula kebebasan dan hak menentu halatuju. Kita hendaklah memiliki kemahuan yang bebas dari sebarang belenggu selain dari ikatan berpegang dengan arahan Allah dan Syariat Islam.

Wahai mereka yang bersiap siaga di Bait Maqdis (Jerusalem) dan di sekeliling Bait Maqdis,

Sesungguhnya kamu bukan sahaja mempertahankan bumi dan tempat suci kamu semata-mata, bahkan kamu mempertahankan maruah umat Arab dan umat Islam seluruhnya, juga mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian. Bahkan saya tidak berlebih-lebih bila mengatakan bahawa sesungguhnya kamu mempertahankan nilai kebebasan, kemuliaan dan persamaan demi kemanusiaan seluruhnya, berdepan dengan apartheid, kebencian, pembezaan, pencerobohan yang lahir dari falsafah Sekular yang dihasilkan di kurun lalu oleh benih Nazi, Komunis, Atheis yang dieksploitasikan oleh Apartheid dan Zionis. Zaman sebahagian mereka telah berlalu dan dengan izin Allah dan bantuan mereka yang mulia dan merdeka, akan mengalahkan Zionis, Apartheid dan Atheis.
Sesungguhnya Islam yang agung yang kamu kibarkan panji-panjinya, tidak mengenali perbezaan warna kulit, bahkan ia adalah agama persamaan dan toleransi, tidak membawa apartheid yang sangat dibenci manusia. Bahkan Islam ini adalah apa yang disabdakan Rasulullah saw bermaksud, ‘Setiap kamu adalah dari Adam, dan Adam adalah dari tanah”.

Kepada Umat Arab dan Islam,

Janganlah kamu diperolok dan diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti bersama dalam barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yang tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu di dalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mereka untuk tunduk menyerah diri kepada ketamakan musuh dan perancangan Zionis.

Wahai pemimpin dan kerajaan Arab,

Tiba masa kamu harus sedar dari lamunan, dan mengambil pendirian yang sebenar-benarnya. Kembalilah menilai pendirian dan strategi politik kamu sejak berdekad-dekad lalu. Bukalah lembaran baru bersama-sama rakyat kamu demi mencapai kemuliaan dan keagungan buat umat ini.

Saya tidak akan sekadar mengajak kamu mendokong hak Palestin dan menganjur peperangan demi membebaskan Palestin semata-mata, bahkan saya menyeru agar kamu jangan bekerjasama dalam membuat kepungan yang zalim dan melenyapkan isu Palestin. Isu ini tidak akan mati. Isu ini tidak akan berhenti sehingga Kebenaran kembali kepada tuannya. Adapun kamu, maka kamu akan dihukum oleh sejarah samada menyebelahi atau mendakwa kamu. Diakhir nanti, kamu akan berdiri di mahkamah Maha Adil, Maha Mengetahui, menghitung kamu apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahir dan rahsiakan.
Kepada kamu wahai Mujahideen, wahai mereka yang berada di medan batalion Syuhadak di Gaza Intifadah, Gaza yang dijajah, Gaza yang dibebaskan, Gaza yang diberkati …
Bergantunglah kamu kepada Allah swt. Yakinlah terhadap kemenangan dan pertolonganNya. Ikhlaskanlah wajah kamu hanya kepada Nya semata-mata. Ketahuilah bahawa Kemenangan itu datang bersama Kesabaran. Kesatuan barisan dalam rakyat Palestin adalah mesti demi mencapai kemenangan. Bersabarlah terhadap pembangkang kamu. Tanggunglah kesakitan yang dilakukan oleh mereka yang sebangsa dengan kamu. Haapkanlah senjata kamu ke arah musuh sahaja semata-mata dan ke arah dada-dada Zionis yang menjajah.

Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.
Janganlah kamu masuk ke dalam strategi bentuk perbicangan dan kata-kata, bahkan hendaklah kamu bekerjasama dengan sepenuh tenaga mereka yang ikhlas ke arah memenangkan isu kamu. Hendaklah resolusi-resolusi kamu bebas sebebas-bebasnya.

Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali Imran:200).
Allahu Akbar, walillahi Hamd.

Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para Sahabat.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Ustaz Mahdi Akef,
Mursyid Am Ikhwan Muslimin,
Kaherah.