Thursday, November 1, 2012

jalan dan mimpi. aku teringat ia lama tidak kembali.

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

buka mata, aku sedang berjalan kaki. laju dan seperti ringan sahaja badan mengharungi jalan biasa dalam fikiranku. sampai di satu simpang kecil ku berhenti. ku patah ke kanan dan ku teruskan perjalanan. eh.. bukan di sini jalan mati ke? kenapa ada jalan lagi ini. kaki ku seperti terpanggil2 untuk terus berjalan. awan mendung. jalan tidak gelap tetapi suram. ya.. seperti cerita2 melayu bila berjalan seorang diri. asap? xde lah seperti asap tp jika pernah pergi ke genting highland @ cameron mesti akan tau cmne kabusnya. begitu lah jalan itu. di hujung kampung ada satu rumah panjang,

   pernah tengok istana menanti? seperti itu.tetapi kecil sedikit.. besar seperti rumah melayu lama. ya... cantik.. tamannya terjaga. aku terus berjalan dan ku berjumpe dengan mereka. aku tidak dapat ingt muka mereka. dan aku di beritahu perkembangan kampung mereka. ada  yang da tambah dapur.. ada yang dalam pembinaan, ada yang masih juga sudah siap.sawah yang luas.

    biasanya selepas di layan di rumah itu, dan berjalan di sawah dpn rumah itu, aku akan patah balik ke tempat aku dtg. mereka akan hantar aku ke satu simpang....aku akan berjalan.. bila sampai satu simpang aku akan berpaling dan mesti aku terbangun dari tidurku.ya.. aku bermimpi. ini cerita tentang mimpi..

     mimpi tu berulang paling kurang sekali setahun, seingat aku dari aku darjah 4(x beberapa ingat)... mcm yb tengok kampung. tahun lepas banjir.. sawah rosak... sebelum tu sedang buat bahagian beranda... jalan merah n baru diperbesarkan... ada masa hanya lalu sahaja. ada yang aku sesat x jumpe kampung mereka, tp mereka akan hantar kembali ke simpang jalan ini.

nama jalan ini JALANMU. Secara zahir aku tidak pernah ke hujung. ladang kelapa sawit hujungnya. hujungnya ada pagar. tp di dalam mimpiku setiap tahun ia adalah pintu masuk ke kampung yang sangat cantik. masih boleh terasa sesuatu jika aku berhenti dan merenung jalan ini.




jika lah semua ini satu hijab ke dimensi lain.. ku mohon biarlah mereka semua selamat di sana dan bahagia...

No comments:

Post a Comment