Saturday, January 3, 2009

030186 ia bermula...

3 januari
kau datang kembali
menganjakkan dan meluaskan
dari lahir ke sekarang
memanjangkan jarak aku berjalan
dari terlentang ke mengiring
dari mengiring mule meniarap
meniarap membawa ke merangkak
merangkak tertuju ke bertatih
dan mula era berjalan dan berlari

ya
3 januari
tarikh pada proses angka bergerak
masa umur bertukar
ketika aku semakin melangkau tua

23 tahun sekarang
masih jauh perjalanan ini
atau mungkin
makin dekat hujung jalan cerita ini
tapi aku perlu teruskan
menongkah arus zaman

semoga aku terus menjadi menjadi aku
mengejar jiwa manusia dan
mencari cinta hakiki
semua ini cerita ku
ini perjalanan ku
dan aku kene terus berpencak di arena ini
gelangang perjuangan bergelar
kehidupan

selamat hari lahir MUHAMMAD RUKHAINI BIN HJ ZAITON

dari diri untuk diri... =)

knie_bob99
030109
1143

Friday, January 2, 2009

malam intifadhah palestin 2009

MALAM INTIFADAH PALESTIN 2009
&
DANA KEMANUSIAN 1 JUTA UNTUK GAZA
__________________________
JUMAAT
2 JANUARI 2009
8.00 MALAM
DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM
____________________________________________
PEMIDATO
YB HAJI KHALID ABD SAMAD
DR HAFIDZI MOHD NOR
______________________________________________
MODERATOR: DR AZHAR YAAKOB
_________________________________________________
PERSEMBAHAN KHAS OLEH
NASYID INTIFADAH OLEH MUADZ DAN FAZS
________________________________________________
ANJURAN JAIS MBSA & MUSLIM CARE

Thursday, January 1, 2009

cerita dan coretan 2008

assalamualaikum...

alhamdulillah, sudah masuk 1430 hijrah n 2009... kire2 dua hari lagi umur bro akan beranjak ke 23 tahun... maka semakin bertambah la umur ini... semakin banyak bebanan dose dan semakin banyak kesilapan... semoga diampunkan ALLAH dose2 yang melambak2 ni...

2008 dan ceritanya....

1) teater mata

-bro tahun 2008 ni akhirnya berjaya mecipta satu skrip teater dan mengarah satu teater di pentas kolej... ya, pentas yang banyak pengalaman dihamburkan disitu, dikutip dan tertinggal disitu....
-teater bro bertajuk MATA, berkisar cerita penderitaan seorang bernama iza...( name diambil dari name seseorang) =)
-bro menjadi pengarah...
-bro dibantu penerbit dan 4 orang mentor... BRO AYED, BRO BADIN, BRO GUAN, BRO TAM n BRO HAZREY
-penolong pengarah adik angkat bro, awin...
-berlatih hampir tiap2 malam...
-penuh cerita suke dan duka
seronok dan emosi... hehehehe
-teater terakhir bro, dan kelab teater ceritera MSU setakat ini...

2)prob dalam teater n fasilitator

-bro n geng ditahan dari menjadi fasi dan meneruskan kegiatan teater.
- banyak teori yang timbul...
- bermula cerita baru tanpa baju fasi dan gelaran anak seni ceritera

3)pelajaran

- tahun yang penuh derita
-pointer 'melonjak' turun...
-usaha perlu dipertingkatkan
-huhuhuhu

4) perkahwinan kak ika

-meriah =)
-penat tapi bahagia
-touching time akak sendiri dah berkahwin

5) pharmacy week

-akhirnya pharmacy dapat membuat hari keluarga
-seronok, semua berbaju hijau(hhuhu,baju bro ketat yang amat)
-dan sampai sekarang tersenyum bile dapat lihat ade dak2 pharmacy pakai baju hijau tu... konpem dorang bersyukur bile tau susahnya nak dapatkan baju tu... bergaduh2... =)

6) KMR(kem mujahadah ramadhan)

-best, penuh pengalaman, belajar...
-jatuh time naik bukit.. sampai sekarang sakit belakang... berat sangat badan ni...
-kenal2 kawan kmr.. kalu sampai sekarang bertergur... bro ni lak pelupe yang teruk... ingat muke je... huhuhu

7) esq

-diajak seorang sahabat..
- ade pengalaman dan impak pada diri...
-pengalaman dalam hidup
-feel the experience...
-keluar dari platform ni lepas ade beberape perkara yang dilihat...
-semoga setiap langkah diredhaNYA...

8)kelahiran SITI NURFARHANAH BINTI FAHRIDZUL ARTAS

-anak comei kak ika...
- anak bauah no dua selepas DZULKARNAIN... bayi pompuan first keluarga besar bro... :)
-suke atuk die(abah) caring gile time jage farhana...:)
-semoga farhana sekeluarga sihat dan diredhaiNya...



ini adalah secebis dari berjuta cerita... jika bro teringat nanti bro tulis n edit... =)

salam...

bisikan jiwaku...=)

terima kasih 2008


terima kasih 2008
kerana berikan aku satu perjalanan

terima kasih 2008
kerana melayari perasaan

terima kasih 2008
kerana disini aku mendapat makian

terima kasih 2008
kerana disini aku mendapat cacian

terima kasih 2008
kerana disini aku mendapat makna pencarian

terima kasih 2008
kerana disini aku mengenal tiada henti pendakian

terima kasih 2008
kerana disini aku tahu secebis makna kesusahan

terima kasih 2008
kerana disini aku mendapat kawan kawan, sahabat dan rakan

terima kasih 2008
kerana disini aku mendapat secebis kebahagian

terima kasih 2008
kerana disini aku dibenar menerus helaan nafas

terima 2008
kerana disini aku menyelami jiwa dan perasaan

terima kasih 2008
kerana disini aku aku masih dibenarkan mencari makna ketenangan

terima kasih 2008
aku pasti rindukan mu
aku pasti terkenangkan mu
aku pasti mengingati mu
banyak pengalaman aku dapat
banyak derita yang aku dakap
banyak bahagia dalam pelukan
dan banyak makna hidup dalam helahan nafas dari diri bergelar insan
terima kasih 2008.... =)

knie_bob99
010109
khamis
depan komputerku

derita,cerita dan jiwa... :)


selamat tinggal kenangan
selamat datang pengalaman

berlalu sudah 2008
menjelma dan mendatang 2009
pergi 2008 dengan penuh cerita
datang 2009 penuh misteri
adakah berjaya atau terus derita
mencari makna bahagia
makna berjaya
sebagai insan bergelar manusia

ya
penuh cerita
jatuh bangun ku di 2008
ceria dan derita ku
tangis dan tawaku
menjadi coretan di dalam kehidupan
sebagai bisikan jiwaku...

selamat datang 2009
selamat tinggal 2008

semoga langkahku akan permudahkan...
moga berjaya walau derita

bisikan jiwaku...

knie@bob99
010109
depan komputerku