Wednesday, September 2, 2009

Bro dah ada syarikat!!! One Touch Crew Ent

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"


Assalamualaikum w.bt

puji dan puja hanya untuk mu ya ALLAH... Alhamdulillah, bro pada hari ini melangkah ke alam yang baru. alam perniagaan... macam tak percaya sahaja. apabila tadi dapat sijil perakuan perniagaan untuk perniagaan yang diberi nama ONE TOUCH CREW ENTERPRISE.





Bro dan seorang sahabat lagi, Epul sebelum ini ingin menceburi dalam bidang rekaan tshirt muslimat dan design tshirt lelaki serta kelab. lagi2 bila lihat baju2 rekaan untuk muslimat ni terlalu mahal. rm40 la, lebih dari tu pun ada. oleh kerana tu, kami tekad untuk masuk sendiri ke bidang ini... akhirnya, sekarang ia bermula... dalam masa sekarang ini, kami akan bergerak dalam 8 rekaan untuk tshirt, termasuk 5 rekaan baju labuh muslimat dan 3 tshirt lelaki rekaan eksklusif untuk Management & Sciense University (MSU)...

insyaALLAH, jika tiada aral melintang, nanti mungkin bro akan kontek rakan2 di seluruh malaysia yang ingin bekerjasama... Doakan kami... Kerana perlu untuk perjuangan ekonomi untuk membangunkan Ummah.

sila email ke bro jika ada cadangan dan ilmu baru untuk bro... tq semua..:)


Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

No comments:

Post a Comment