Thursday, July 19, 2012

Arjuna

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"


"setiap degup jantung, tanda chenta ibu ayah untukmu"




arjuna
diturunkan dirimu  bersih
tanpa noda
dan kau punya cerita
untuk seorang
kau mampu merubah pemikiran matang insan
siapa insan ini,
dan apa ceritanya
biarlah ibunya dodoikan dengan madah cinta sentiasa

arjuna
keajaiban dunia berlaku
24 jam semua berkumpul
24 jam semua berutusan
24 jam semuanya saudara
24 jam aku kenal erti bersatu
dan..
dalam 24 jam itu juga semua menjadi ibu dan ayah
menumpukan pada yang satu
memberikan pada yang perlu
melihat pada yang baik sahaja
lupa sengketa
kita bersaudara

arjuna
kuatkan dirimu,
teruskan langkah mu
senyum untuk ibumu
rangkullah erat ayahmu nanti
sayangilah mereka
membesarlah!
bersemangat lah!
berbahagialah!

jangan sesekali lupa arjuna...!!!

"setiap degup jantung, tanda chenta ibu ayah untukmu"

yang benar
(______________)
uncle/auntie seluruh dunia.


1 comment:

  1. sedap..*sekejap*
    sentap gantung nyawa part
    "dalam 24 jam itu juga semua menjadi ibu dan ayah"
    hujan derai lepas berkaca dimata.

    ReplyDelete