Sunday, January 22, 2012

denggi: muhasabah nyamuk kecil untuk diri ini.

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t semua

10hb januari hari itu, bro kene demam teruk. terlantar sebentar di tilam. badan besar, tapi bila diuji sedikit je pun, terkulai bro. seekor nyamuk telah menkifarahkan dosa-dosa silam bro dan memuhasabah diri ini soal bila-bila sahaja ALLAH boleh menidakkan kesihatan yang ada dijasad itu dengan mengasbabkan seekor  nyamuk kecik untuk diri yang seberat 165kilo ini.

denggi!
terkulai bro, seminggu selepas itu, bro terlantar di hospital besar melaka . 15 januari bro masuk ke hospital. macam2 macam yang bro jumpa disana. kali pertama bro masuk air dalam badan, 2 botol masuk ke jasad ini.. bro kurang air. pergh, biasanya terlebih air, tapi seekor nyamuk telah menyebabkan bro kekurangan air.
di hospital, bro duduk sebelah macam2 jenis manusia. malam pertama bro kat hospital bro tidur sebelah pakcik ni, mungkin seorang peniaga. bila tidur dia akan bercakap2 dalam tidur, "kargo, dokumen, projek, why u late give that document". wa, betul2 ni businessmen. lepas tu, pak jamil pulak, seorang yang da berumur 74 tahun, tp macam berumur 50 tahun mukanya. pakcik ni lak susah tidur, mungkin sebagai bekas tentera british, dia sukar untuk tutup telinga di hospital. telinga dia senang betul detect bunyi2 yang biasenye kita boleh endahkan. makin teruk darah tinggi dia di hospital. selepas tu, bro duduk sebelah pakcik yang hanya datang ke hospital kerana ingin ambil ubat batuk, tapi kene tahan kerana doktor diagnos ada masalah jantung. wa... lagi satu masalah... dia pun pelik kenapa dia kena tahan. hehehe. lepas tu bro duduk sebelah abang(cikgu) yang kena denggi gak, platlet die 13. teruk sangat. ada isteri, isteri dia yang jaga die. asyik macam nak nangis je isteri dia, macam baru kahwin, sweet je. lepas abang ni,bro duduk sebelah ngan along, pesakit yang kene asma sehingga jantung terhenti. nasib dapat selamat. 3 hari koma dan badan kejang masa duduk sebelah bro. mak dia jaga, masa bro kuar, alhamdulillah dia da leh jalan sedikit2.

di hospital ni, bagi bro, menjadikan bro rindu time praktikal di hospital tu, lepak ngan pegawai, attendance yang sporting, kerja kene ralat zero. :) doktor dan nurse yang baik2 semuanya.tpi banyak betul ambil darah dari bro... terima kasih semua warga hospital besar melaka.:)

Alhamdulillah, bro lepas segala ujian ini. sekarang bro da keluar.Berehat di rumah bro di melaka. terima kasih kepada family bro, insan yang sayang bro, kawan2 bro dan semua yang doakan kesihatan bro. tq semua...

semoga  bro x kene lagi, doakan bro ye...:)

1 comment:

  1. semoga anda kembali sihat. terjumpa kembali link anda setelah menbaca komen anda di blog saya tahun 2009.

    ReplyDelete