Monday, December 8, 2008

pilihan dan keputusan

Dari Muhammad Bin Abdullah...Asy Ayibli berkata :

".....Jika engkau mahukan kemesraan dgn ALLAH SWT, maka engkau mesti garang terhadap dirimu... kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dgn ALLAH SWT, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-NYA....."

pilihan dan keputusan

memilih memang sukar
sukar lagi membuat keputusan

memilih perlukan keputusan
keputusan pun perlukan kita memilih

pilihan akan mencetus keputusan
keputusan berpandukan pilihan

pilihan mencetus satu
satu sahaja keputusan

adakah memilih itu pilihan
untuk mencipta keputusan

pilihan dan keputusan
dua yang akan berganding
mengamit pening di akal
adakah perlu pilih kanan atau kiri

pilihan yang salah akan menciptakan keputusan dungu
plihan yang tidak berakal akan mengapai gagal
kerana pilihan meniup keputusan
dan keputusan bergantung pada pilihan

aku sentiasa memilih
aku sentisa membuat keputusan
tapi adakah keputusan itu betul atau salah
aku pun tak pasti
kerana aku bukan sempurna
mencipta keputusan suci tiada debu
atau daki kesalahan

pilihan dan keputusan
selalu meragut jiwa
menkhayalkan dan mendukacitakan
semua kerana tiada tuntunan
semua kerana kelemahan diri
atau mungkin kerana satu ujian
ujian yang akan sentiasa datang
dari kanan atau kanan
atas atau bawah

pilihan dan keputusan
perlu dituntun
perlu mencapai pada yang HAQ
bukan mengejar batil
mengejar dungu semata
bukan sekadar telahan
atau juga satu persepsi memandai

pilihan dan keputusan
aku ingin membuat keputusan
dan perlukan satu pilihan
yang ia mencipta tepu dikepala
menhayun masalah dan tergenggam sukar

pilihan dan keputusan
ku mohon tuntunan MU
yang MAHA SUCI
yang mencipta alam semesta
tanpa ragu tanpa silap
tiada cacat
apatah lagi cela
walau hanya sebesar bola tenis
boleh seluas2 alam semesta dibentuk MU
YA MUSAWWIR...

YA AFFUW
YA GHOFFARYA KHOLIQ
YA SALAM
YA MUHAIMIN
YA RAHMAN
YA RAHIM
YA AZIZ
YA QOWIYY
YA A'LIM
YA RASYID
YA ALLAH

aku mohon kekuatan, ketenangan,kekuatan, kecemerlangan, kecerdasan dalam apa jua keputusan yang aku buat...
semakin aku cuba, aku gagal, setiap kali aku melangkah mendekatkan diri padaMU,aku akan lupa dan kembali pada jalan menjauhi MU. aku perlu tuntunan MU ya ALLAH...
kerana solat ku, ibadatku, hidupku, matiku untuk MU...
janganlah ENGKAU uji ku dengan apa yang aku tidak mampu dalam perjalanan ini.
aku lemah ya ALLAH...
semoga ISLAM IMAN IHSAN kuat dihatiku
dengarlah rintihan ku ini...

amin...

No comments:

Post a Comment