Thursday, November 20, 2008

SeSUatU yAnG meMErLuKaN sEsuAtU


memerhati sekeliling perlukan ilmu
baru pemerhatian tidaklah agakan
bukan jua persepsi memandai
 
belajar dari pengalaman perlukan rujukan
baru tidak terikat dari kececewaan
bukan jua takut dengan pengalaman silam

menangis kerana kecewa perlukan had masa
supaya tidak kecewa sepanjang masa
bukan jua satu titik kejatuhan selamanya

termenung jangan selalu dan perlukan masa tertentu
supaya tidak menjadi berangan sahaja
bukan jua mencetuskan malas

malas jangan diikut dan perlukan perubahan
supaya kerja terus berjalan
bukan jua pemula kegagalan

berangan jangan la diikutkan dan perlukan kekuatan
supaya diri tidak hidaup dalam fantasi sahaja
bukan jua bermula era mat jenin moden 

berfikir perlukan statistik 
supaya tidak jauh dari fakta
bukan jua kembali pada berangan

berbincang perlukan fakta 
supaya tidak lari dari topik pemula
bukan jua pencetus pergaduhan 

berkata2 perlukan akal
supaya tidak membuat pendengar terguris
bukan jua pembuat dia jauh hati

semuanya perlukan sesuatu
kerana semuanya adalah sesuatu
bukan jua pencipta sesuatu

dan jawapan pada sesuatu tetap lah pencipta sesuatu
bukan jua sesuatu
maka,... jika ingin kan sesuatu, mohon la pada DIA
MAHA PENCIPTA setiap sesuatu...

amin...

selesai...

knie@bob
0846pm
khamis



No comments:

Post a Comment