Sunday, January 22, 2012

denggi: muhasabah nyamuk kecil untuk diri ini.

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t semua

10hb januari hari itu, bro kene demam teruk. terlantar sebentar di tilam. badan besar, tapi bila diuji sedikit je pun, terkulai bro. seekor nyamuk telah menkifarahkan dosa-dosa silam bro dan memuhasabah diri ini soal bila-bila sahaja ALLAH boleh menidakkan kesihatan yang ada dijasad itu dengan mengasbabkan seekor  nyamuk kecik untuk diri yang seberat 165kilo ini.

denggi!
terkulai bro, seminggu selepas itu, bro terlantar di hospital besar melaka . 15 januari bro masuk ke hospital. macam2 macam yang bro jumpa disana. kali pertama bro masuk air dalam badan, 2 botol masuk ke jasad ini.. bro kurang air. pergh, biasanya terlebih air, tapi seekor nyamuk telah menyebabkan bro kekurangan air.
di hospital, bro duduk sebelah macam2 jenis manusia. malam pertama bro kat hospital bro tidur sebelah pakcik ni, mungkin seorang peniaga. bila tidur dia akan bercakap2 dalam tidur, "kargo, dokumen, projek, why u late give that document". wa, betul2 ni businessmen. lepas tu, pak jamil pulak, seorang yang da berumur 74 tahun, tp macam berumur 50 tahun mukanya. pakcik ni lak susah tidur, mungkin sebagai bekas tentera british, dia sukar untuk tutup telinga di hospital. telinga dia senang betul detect bunyi2 yang biasenye kita boleh endahkan. makin teruk darah tinggi dia di hospital. selepas tu, bro duduk sebelah pakcik yang hanya datang ke hospital kerana ingin ambil ubat batuk, tapi kene tahan kerana doktor diagnos ada masalah jantung. wa... lagi satu masalah... dia pun pelik kenapa dia kena tahan. hehehe. lepas tu bro duduk sebelah abang(cikgu) yang kena denggi gak, platlet die 13. teruk sangat. ada isteri, isteri dia yang jaga die. asyik macam nak nangis je isteri dia, macam baru kahwin, sweet je. lepas abang ni,bro duduk sebelah ngan along, pesakit yang kene asma sehingga jantung terhenti. nasib dapat selamat. 3 hari koma dan badan kejang masa duduk sebelah bro. mak dia jaga, masa bro kuar, alhamdulillah dia da leh jalan sedikit2.

di hospital ni, bagi bro, menjadikan bro rindu time praktikal di hospital tu, lepak ngan pegawai, attendance yang sporting, kerja kene ralat zero. :) doktor dan nurse yang baik2 semuanya.tpi banyak betul ambil darah dari bro... terima kasih semua warga hospital besar melaka.:)

Alhamdulillah, bro lepas segala ujian ini. sekarang bro da keluar.Berehat di rumah bro di melaka. terima kasih kepada family bro, insan yang sayang bro, kawan2 bro dan semua yang doakan kesihatan bro. tq semua...

semoga  bro x kene lagi, doakan bro ye...:)

Saturday, January 21, 2012

diam dan aku terbeku disini

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

terhenti di satu sudut perjalanan
kelu unutk berbicarakan sesuatu
walau sarat di kotak fikir apa yang ingin diluah
tetapi seperti membatu dia didalam kotak itu membusuk

terdiam dan beku jari untuk mencatat
apa yang terpendam di jiwa
ingin dibisikkan dan dikaryakan
tapi ia hanya mengelodak dalam hati tanpa ada ayat untuk diluahkan
kenapa semua ini berlaku?

aku ada masa terdiam di sini
karya ku hanya bicara bisu di hati dan tidak terluah.

ludah ke mereka?muka sendiri berlendir

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

dikendong semua beban
dipikul semua rasa berat itu
dibiar lenguh bahu itu menjadi lebam
hinggakan semuanya berbirat
tapi dia terus tersenyum dan ketawa

dihitung segala lakunya,
yang tidak dipersoalkan
enggan dimengertikan orang
bila dikatakan penat
dikatakan itulah tanggunggjawab yang perlu dilakukan
walau pun keringat penuh muka
sukar ditafsirkan penat untuk membahagia mereka semua

dunia ni dikatakan perlukan pengadilan
tapi adakah keadilan telah kau berikan ke orang sekeliling
hanya kau ludah muka lain yang zalim,
tapi kau sendiri yang tidak adil.
kau sudah balas semua lelah ayah dan ibumu?
kau da bahagiakan mereka
yang memikul segala beban membesarkan kau dari kecil hingga kau mampu melawan
ada mereka mengeluh?
siapa yang akan dikatakan tidak adil,
MEREKA? tengok cermin dan baru berbicara.

1043am
210112

Friday, January 20, 2012

muntahan tuan,itulah jilatan hamba.

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

neraca bicara itu banyaknya akal
hanya emosi diadun dengan fikir sikitnya itu
lalu dihadam solusi yang dianggap azali
tidak boleh disangkal
hanya boleh ditelan muntah itu.
dengar, telan, hadam.
jika ingin dimuntahkan semula
perlu dibiarkan begitu, jangan dibuat adunan baru
hanya campur dengan liur dan itulah muntahan mu.

lalu...
akan lahirlah manusia pengikut.
hilanglah golongan pemula
ramailah generasi penjilat
pupuslah keturunan jebat
hanya Tuah yang semuanya dibenarkan
larikan anak dara orang? tidak mengapa, Sultan suruh.
bunuh kawan tanpa periksa? tidak mengapa, sultan titahkan.
itukah kita? bila disoal kenapa mengikut? tanyalah tuan, aku hanya pengikut dan aku akan terus mengikut.

itulah kita...


Wednesday, January 4, 2012

2012... kenyataan ia sudah berlaku

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

alhamdulillah.. puji dan puja hanya untuk ALLAH S.W.T.

2012. alhamdulillah 26 tahun bro da diberi peluang untuk hidup. apa cerita ye? entahlah.. x banyak yang dapat diceritakan...:) just sama je... tapi bro makin bersemangat untuk berkarya di dalam rumah BISIKAN JIWAKU ini...:) insyaALLAH...

apa yang da berlaku 2011 ni? susah jadi orang yang pelupa kan..?
banyak benda yang berlaku. bro masuk geng akar, bro tukar kos, bro persembahkan sajak bro sendiri.. dan kali pertama bro dapat bayaran untuk persembahan bro... sikit tp tetap rase wow! alhamdulillah...

pertukaran kos ni satu langkah  berani mati bagi bro... dari diploma farmasi ke degree event management.. wow... :) tapi bro insyaALLAH tetap dengan jalan ini...:)

3 januari(semalam) hari jadi bro... alhamdulillah, lebih 100 wish dari family, yang rapat ngan bro, sahabat, n kenalan...:) bro gak dapat hadiah..alhamdulillah!!!:)

azam tahun baru? tak de...

impian? yup..sentiasa ada...

1) nak beli dslr
2) nak dapat 3.0 cgpa
3)nak kurus? wow....

semoga semua impian akan menjadi kenyataan...:)

sajak? next entry k..:)