Tuesday, May 25, 2010

Kerusi Sepi itu...


_Kerusi Sepi_



Pergi
Ditinggalkan ia disana
bukan bermakna kau dilupakan
tapi ini lah titik tolak
perjalanan ini

Sepi
Aku tahu itu yang akan dirasakan
itu yang akan dipendamkan
tapi kenangan tetap akan hadir
tatkala aku menapak ke hadapan

lupa?
doakan aku tidak akan lupa
mana aku sebelum ini
bergelumang di tempat ini
mencari satu dua ilmu
yang tercapai
dari jutaan yang ditaburkan dihadapanku

Doa...
doa aku semoga yang menapak tidak lupa
tidak lupa si sepi yang ditinggalkan
untuk meniti tangga kejayaan

cincinsuasa86
0515 pm
250510
1143

Bagi Bro...

teruslah menapak kehadapan. tahniah kepada pelajar2 MSU yang sudah berjaya pindah ke kampus baru. kalian terpilih...

4 tahun menanti... 4 tahun mendengar khabar angin... 4 tahun sudah berakhir....

satu sahaja... 4 tahun bro di MSU lame. harap bro, jangan lah akan lupa jasa dan cara kite di MSU lame. itu keunikan kita. berdikari dalam ketidakupayaan. sekarang penuh dengan keupayaan dan kemudahan, semoga berdikari itu masih ada.

sekian...






Mencari Ketenangan Hakiki
Mencari Ketenangan Hakiki

Sunday, May 16, 2010

kenangan sahaja yang tinggal.

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"


Assalamualaikum w.b.t

Puji Dan Puja Hanya Untuk Mu Ya ALLAH

Rindu... Itu adalah apa yang bro ingin katakan sekarang. semalam itu macam menjadi satu titik penamat kepada apa yang bro sukakan di MSU. semalam telah berlangsung AGM untuk Persatuan Mahasiswa Islam MSU. Bro melepaskan jawatan Exco Penerangan Dan Perhubungan Luar.

apa yang menyebabkan semalam adalah sesuatu yang bermakna?

semalam adalah boleh dikira titik noktah untuk bro. kenapa?

jom... kita mengimbas kembali...

bro bergelar pelajar Kutpm (msu) pada 10/06/10. bro masuk ke Kutpm ini selepas gagal dalam perjuangan di MATRIKULASI.


orientasi bro baru masuk KUTPM


KELAB TEATER CERITERA

" Teater Memanusiakan Manusia"


team yes bos no bos

disini pengembaraan bro bermula. selepas seminggu orientasi, bro telah berkenalan dengan senior2(en syam, dan bro khazam). bro terpanggil untuk memasuki satu uji bakat untuk KELAB TEATER CERITERA. bro masuk dengan 2 orang lagi sahabat, ROY dan AMY. bro sebenarnye nak masuk untuk uji bakat sebagai lighting man kerana bro biasa di MATRIKULASI bermain dengan kerja2 lightingman ini. Tapi bro di minta untuk masuk dalam uji bakat lakonan. bro mengambil bahagian dan bro terpilih. Bro buat satu watak anak yang derhaka. dan bro betul2 menangis di dalam uji bakat itu.
Bro menjadi pelakon! itu lah satu-satunya lakonan yang bro pernah lakukan selepas lakonan pada darjah 6. Bro memegang watak Dato' lukman gasenya. Bro memulakan langkah di Dalam Kelab TeateR Ceritera. Di kelab ini, antara sedikit pengalaman yang bro dapat ingat, bro pernah memegang jawatan unit persembahan. Bro juga pernah menjadi :
1)pelakon- yes bos no bos
2)lighting man- LAKSAMANA BENTAN, REUNION, GERIMIS,Sangkar Madu(festival teater selangor)
3)stage manager bersama - tiga setengah suku
4)penolong pengarah- tiga setengah suku
5)pengarah - MATA
6)PEnulis skrip - MATA

Kelab ini juga lah yang telah banyak memberi pengalaman dalam hidup bro.
persahabatan|politik organisasi||critical thinking|| communication skill|| kehidupan



FASILITATOR KUTPM-MSU
"Menang berpunca dari Tenang"


Geng Fasilitator MSU di UUM

bro tidak berhenti disitu. setelah itu bro dengan geng2 bro telah dapat masuk di dalam organisasi FASILITATOR KUTPM dan MSU. Di sini betul2 bro belajar erti profesionalisme, public speaking. dan yang penting bro belajar erti kehidupan juga disini.
bro paling ingat,
1)bro pertama kali mengendalikan sessi MUHASABAH DIRI. Kerana sessi itu, ada seorang junior berbulan2 bile terserempak dengan bro akan lari. mara? malu? bro pun x tau. sessi ini di paksa oleh bro ayed. die yang kate "bob, amik mic, pergi wat".

2) bro pernah mendapat title fasilitator paling dibenci hari isnin ke khamis hampir 90% mengundi bro... kerana bro membawa watak fasilitator yang garang. yang menariknya, bro juga pada minggu itu mendapat title fasilitator paling disukai hari jumaat, kerana bro berjaya menjayakan sessi Prank para junior. memori yang cukup indah bagi bro.

3) menjayakan SELANGKAH KE MENARA GADING di UUM. menjadi fasilitator jemputan bersama geng2 bro. mengendalikan sesi muhasabah diri. tq untuk bro ayed kerana memberi kepercayaan kepada bro.

4)Bro semasa itu akan menggunakan 3 ayat untuk memulakan bicara sebagai moderator modul
"apabila saya berada didepan saye mahukan 3 perkara:
1)duduk tegak
2) senyap
3)pandang saya
3 ayat ini akan diakhiri oleh satu lagi trademark bro
"saye nak mintak satu perkara, senyum untuk saya"
Pada masa itu, semua keletihan bro akan hilang bile bro melihat semua junior @ peserta tersenyum. hadiah berharga untuk bro.

5)terlibat dalam proses memperjuangkan hak2 fasilitator. ingin menubuhkan BADAN FASILITATOR MSU.tapi telah dibangkang oleh pentadbiran dan MPP tidak menyokong. sekarang salah seorang yang terlibat dalam proses itu telah menjadi fasilitator. tahniah kepada beliau.

6) terlibat dalam pernghasilan modul2 fasilitator MSU. berjage bersama bro ayed, zaini dan sis mira untuk membuat modul secara bertulis.

7)proses kejatuhan kami satu geng dalam organisasi fasilitator. prosesnya tragik bagi kami. selepas perselisihan berlaku. bro n geng telah dipulaukan dan lame2 tidak dipanggil untuk menjadi fasilitator.

semua itu hanya tinggal kenangan. tapi bro tidak akan lupakan siapa yang menaikkan bro, dan siapa juga yang menjatuh kan bro...

KELAB FARMASI

Akademik? teruk je bagi bro. bro bukan seorang genius yang dapat result yang baik. jika dikatakan apa itu organisasi KELAB FARMASI? bro akan jawab, bro cube sedaya upaya untuk melibatkan diri dalam organisasi ini. bro pernah terpilih sebagai exco sebentar sahaja. exco teknikal rasanya. apa yang bro ingat mengenai kelab ini

1) FAMILY DAY.
-walau sedikit, tapi kamiberjaya juga mengumpulkan sahabat2 untuk menjayakan program ini
2)Pharmacy cup
- pada saat ini, sebenarnya bro tidak terlibat secara direct, bro telah diminta oleh en Fadzli untuk membantu. tapi orang atasan tidak mengetahuinya. bro tidak dipanggil. bro telah masuk dlaam organisasi pharmacy cup ini melalui seorang sahabat. bro sekadar menolong apa yang mampu. alhamdulillalh semua berjalan lancar.

Kelab Kreatif
"puisi adalah kehidupan"

Kelab ini adalah satu kelab yang berpotensi bagi bro. tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. didalam kelab ini

1) bro telah berkenalan dengan seorang GURU dan sumber INSPIRASI bro dalam dunia puisi. EN SOLIHIN OSMAN. seorang kecturer yang sudi mengajar bro mengenai puisi.

2) RUMAH PENA- Satu pentas yang pernah bro rasa untuk mendeklamasikan sajak. disini juga bro pernah membacakan sebuah sajak ciptaan sendiri (dicipta selama hanya 5 minit selepas MC di majlis itu meminta bro membacakan sebuah sajak). bro berjaya membacakannya.

3)bro terlibat secara langsung dalam penghasilan PUISIDRA(Puisi+drama) atau DEKON(deklamasi sajak+lakonan) untuk kelab ini. pernah mementaskannya di sacc mall dan rumah PENA.

5) Menjuarai pertandingan deklamasi sajak MSU. alhamdulillah.

6) kerana peluang yang diberikan juga, berjaya menjuarai pertandingan membaca puisi anjuran PMIMSU. Alhamdulillah. kali pertama itu lah bro berjaya untuk menggapai cita2 bro untuk membacakan sajak dihadapan pelajar2 MSU.

7)Bro telah menyertai kelas asas lakonan. banyak mempengaruhi perwatakan bro dalam mengawal kemarahan dan emosi.

8)Membaca puisi di UPSI. malam bersejarah.


Dalam perjalanan bro ini bukan lah hanya ini ceritanya. tp bro berminat pada malam ini untuk membicarakan soal organisasi. yang terakhir ialah organisasi yang paling berat untuk bro hadapi.
iaitu:

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM MSU
"Berilmu, Beriman, Beramal"



Organisasi yang banyak mengubah corak pemikiran bro. menjadikan bro suka dan jatuh cinta pada organisasi berorientasikan Islamik. apa yang bro ingat? mungkin banyak. tapi ini yang tertulis.

1)Sebenarnya, ini lah persatuan pertama yang bro mendaftar sebagai ahli. persatuan pertama yang bro isi borang keahlian. ingat lagi akak2 bertudung labuh memberikan borang keahlian. yang menariknye, inilah organisasi terakhir bro untuk sessi diploma ini.

2) bro telah diajak berbincang oleh salah seorang sahabat bro, ahyana muslihah untuk menerima jawatan didalam organisasi persatuan mahasiswa islam MSU sessi 08/09. setelah tahu bro terpilih, bro hanya pikir, "YA ALLAH, ENGKAU tahu aku lemah, tp ini jalan yang ENGKAU berikan. Bantu aku"

3)kenapa terima? bro belaja sepak terajang politik MSU 3 thun. apakah salah untuk bro membantu dalam perjuangan sahabat2 yang bertungkus lumus menegakkan jalan dakwah di MSU. bro terima.

4)bro pernah jatuh dalam jalan ini. bro pernah mengalami saat yang cukup2 menggugat akidah bro semasa bro memegang jawatan ini. alhamdulillah ALLAH bantu.

5)Minggu Penghayatan Islam. satu koloborasi bro n saudara Saiful. bro telah menjadi Timbalan pengarah untuk program seminggu ini. FUH!!! semua ilmu organisasi terkeluar mengendalikan
BEBAN ini.Alhamdulillah saiful n sahabat2 sekalian kuat.

6)yang menariknye, didalam persatuan ini, bro tidak pernah menjayakan sesuatu program sebagai PENGARAH PROGRAM. mungkin tiada yang perasan, tp itu lah yang jadi. tidak ada satu pun yang bro jadi pengarah program.

"SATU FAKTA, BRO HANYA PERNAH MENJADI PENGARAH TEATER, TAPI TIDAK PERNAH MENJADI PENGARAH PROGRAM"

adalah satu @ dua program yang letak nama, tp program itu tidak berjalan.

7) Bahagia bila terlibat dalam usrah kepimpinan. tq untuk saudara RAFIUDIN yang tekad untuk membawa bro masuk dalam dunia usrah. dalam banyak2 usrah, yang memberi kesan kat bro di bawah kendalian saudara RAFIUDIN, usrah kepimpinan.

8)berhadapan dengan diskriminasi pentadbiran mengenai program. pernah diugut untuk tidak meneruskan program mengikur acuan kami,. menarik dan bermakna pengajaran ini bagi bro.

9)rehearsel program sampai kol 1 pagi. wow. bro mase tu pikir semoga semua nya selamat sampai ke rumah.

10) menjadi pengerusi tetap bidan terjun. tapi alhamdulillah bro nye penyakit gemuruh tidak datang semasa program itu.
tq kepada dunia teater, kelas asas lakonan,dunia fasilitator, en solihin dan kreatif club kerana berjaya menghilangkan penyakit bro itu.

11) tugas terakhir bro didalam PERSATUAN MAHASISWA ISLAM MSU ialah PENGERUSI TETAP! berjaya mengendalikan satu menyuarat penting. ALHAMDULILLAH.


"PENGALAMANKU ADALAH JALAN HIDUPKU
MUNGKIN TIDAK BERMAKNA BAGI YANG LAIN
TAPI IA KENANGAN TERINDAH BAGIKU "

Bro bukan manusia sempurna. bro sudi belajar dari kalian. ajari lah bro walau satu ayat, kalian akan ku kenang sebagai GURU dalam hidupku.

"PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK DALAM HIDUPKU"

SEKIAN...

AKHIR KALAM

" SENYUM SELALU"

Mencari Ketenangan Hakiki
Mencari Ketenangan Hakiki

Tuesday, May 11, 2010

cerita aku....

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

Alhamduilillah... masih dipanjangkan lagi umur ini. minggu2 yang berat untuk dilalui. penuh cerita walau hanya diri sendiri yang tahu. apa pun.. bro akan hadapinya jua... insyaALLAH...

apa cerita bro lama mendiamkan diri?

sekadar menjalani rutin harian. bro terlibat menjayakan aktiviti berkayak PMIMSU ahad ari tu. alhamdulillah... penuh dengan ragam, cerita dan bahagia. sabtu malamnye bro gak terlibat dengan perhimpunan perdana bebaskan GAza. ALHAMDULILLAH bro terpilih dari berjuta rakyat malaySIa untuk kesana.

apa yang membelenggu diri bro sekarang?

masalah apa2 pun akan ada. pagi2 lagi da kene marah dari mak tersayang. x mengapa memang salah bro. hanya bro je tau kenapa benda ni leh jadi. ujian bro makin berat. tapi kena hadapi. tu yang penting...

study?
praktikal. hari ini bro tidak dapat hadir. ada masalah. banyak kene ganti nanti. tp bro akan wat juga. jangan risau ye...

pas praktikal?

disini akan ada persoalan yang akan timbul. konflik gak dalam diri bro, adakah bro akan teruskan dengan dunia sains ini. @ bro akan menukar aliran. keputusan ni berat. bro nak dapatkan terbaik. macam nak menjerit pun ada. ya ALLAH bantu aku....

sajak?

sekadar ini untuk hari ini.

pejam mata
kau nampak gelap seperti dalam gua
tutup telinga,
berdengung macam bunyi pantai adanya.
tutup mata dan telinga
bagai kau di dunia lain perginya.

mata, telinga, ditutup
kau akan dapat rasa kau dimana
tapi jika hati kau tutup
kau sesat selamanya

cincinsuasa86








Mencari Ketenangan Hakiki
Mencari Ketenangan Hakiki