Monday, November 30, 2009

Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam...



Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bogor dan mendapat pendidikan awal di Sukabumi dan Johor Bahru. Kemudian belia menuntut di Royal Militrary Academi, Sandhurst, England sebelum pergi ke Universiti Malaya, Singapura. Beliau mendapat M.A. dari McGill University, Montreal dan Ph.D dari University of London dalam bidang teologi dan metafizik Islam.


Beliau menjadi salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia apabila Universiti itu ditubuhkan. Di situ beliau memegang pelbagai jawatan selain daripada jawatan-jawatan di Universiti Malaya dan di universiti-universiti lain di luar Negara sebagai profesor pelawat.

Professor Muhammad Naquib mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang akademik dan beliau telah menulis lebih daripada dua puluh judul buku dalam bidang falsafah, metafizik, sejarah, kesusasteraan, seni, pendidikan dan peradaban. Banyak hasil tulisanna diterjemah ke dalam pelbagai bahasa di dunia. Sebagai cendekiawan Islam beliau telah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap pengislaman ilmu dan juga pendidikan Islam. Dalam ABIM, beliau menjadi orang yang bertanggungjawab mengasaskan landasan dan hala tuju intelektualnya. Melalui siri ceramah dan diskusi ilmu. Beliaulah orang yang mengilhamkan logo ABIM dan mencetuskan idea penerbitan dan penamaan Risalah ABIM. Sekarang Profesor Muhammad Naquib ialah pengarah ~ pengasas ISTAC.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan mengadakan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naguib Al-Attas dan seminar mengenai Pandangan Alam Islam :Cabaran dalaman dan luaran. Pandangan Alam merupakan elemen yang penting dalam hidup kerana dengan itulah yang akan membentuk kerangka pemikiran sama ada baik atau buruk.

justeru, kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri seminar dan syarahan perdana ini, boleh terus menghubungi saudara Abdul Muntaqim Bin Zulkifli (019-8285019).

Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Wednesday, November 25, 2009

Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009



Alhamdulillah...

Sampai sudah bro ke shah alam dari USIM Nilai... Bro baru balik dari konvensyen Pendakwah Muda MSU 2009...

Jika pergi ke sungai petani
Jalan terus ke wang klian
tiga hari saya disini
Kenangan terindah bersama kalian

yup...
masa berlalu jam berdetik... semua bergerak semakain laju. 4 hari disana bro merasa sekejap sahaja. banyak sangat input sehingga bro ada masa blur, "yang mana bro perlu praktikkan di bumi MSU..."... dalam kereta semasa balik bro berfikir... yaALLAH...mana aku akan mulakan... siapa aku akan dakwah kan... adakah ada kekuatan ini yaALLAH...

Perjalanan balik tadi bro berfikir...

1. memantapkan persatuan yang bro wariskan untuk adik2 bro...
2.medan perjuangan ini perlu dibesarkan.
3.pemikiran semua pihak dan bro perlu dicambahkan

bro juga dalam dilema.... bro selepas ini ada praktikal di hospital kuala lumpur... adakah bro akan kuat untuk meneruskan perjuangan dakwah kampus ke luar nanti... bro ada kire2 8 bulan sebelum masuk kembali dalam kancah kampus... adakah bro akan terus kuuat dalam jalan ini

dalam kebanyakan penyampaian dalam konvensyen ini, bro terpanggil mengenai jemaah... jemaah mana akan aku curahkan keringat. bro bukannya terikat dengan jemaah mane2. bro selama ini bergerak sorang2. bro janggal bileorang berbicara mengenai jemaah. mungkin ramai sahabat2 disana itu biase. tidak bagi. bro... INI LAH CABARAN TERBESAR DALAM DIRI BRO...

saudara faizal tehrani dalam kertas kerja die, membicarakan mengenai berdakwah dalam seni....
WA!!!!!!!!!!!!!banyaknye brolum buat. bro da buat skrip, dah mengarah teater di msu, belajar ilmu pentas. tp kenapa bro masih lum tumpukan sepenuhnya berdakwah ke arah seni....

Sajak... Puisi...
tapi berapa lak sajak2 bro mengetarkan hati2 manusia...

erm...kite kene terus bergerak...

banyak la bro dapat. nak tulis pun bro xtau la nak cakap ape... sebab speechless...
best n best...

Cerita kita

dalam dunia banyak cerita
kisah indah kisah duka
pertemuan kita bukan rahsia
ia juga bukan akhir harapannya

berbakti tidak mahu balasan
bukan harta atau kekayaan
peluh dan penat adat perjuangan
bukan sekdar penumpang di tepian jalan

senyum penghias muka
sejuk hati hilang duka
cabaran di luar memang sukar
harap kalian terus kan apa yang kalian yakinkan untuk hari muka

bangun kalian dari indahnya impian
sekdar angan bukan jawapan
perlu gerak ikut kemampuan
itulah adat hamba bergelar insan

sahabat mungkin kalian lupa
akan diri yang biasa sahaja
tapi saat aku disana
bahagia dalam fikirkan cabaran dan duka

semoga ikatan terus tersimpul erat
untuk kalian bergelar sahbat
doakan apa yang mampu
kerana itu ikatan antara kalian dan aku.

cincin_suasa86
1743pm
teratak 1143

p/s: untuk semua yang ada dalam KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA 2009 "WEHDAH 09"


Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Saturday, November 14, 2009

Cerita kami...


"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

ingatlah kekawan...

created by bro-zikrul maut...
mengingati mati.... jangan dunia x dapat akhirat pun tinggal... adus...
sesame la kite doa sesame kite k...








Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki








Wednesday, November 11, 2009

1143



Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki



Tuesday, November 10, 2009

Doakan Tuan Guru....



petikan dari sini....

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila terjaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.

"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

p/s: baru tau... 18 hb ni tok guru akan ke mekah... ade rombongan yang akan menghaantar... di ajak untuk join...

11.00-12.00 tghri : Kehadiran 12.00-01.00 ptg : Ucapan wida' 01.00-01.30 ptg : Solat Zuhur bersama TGNA dan selawat salam 01.30-02.00 ptg : Mengiringi TGNA masuk ke balai berlepas



sumber sini...


Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki




Saturday, November 7, 2009

Malam baca puisi pena edisi nov 2009




"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t



alhamdulillah,perjalanan hidup bro dalam dunia puisi ini berterusan setapak lagi. malam semalam tapak terbaru di berikan. bro malam semalam dapat jemputan untuk membaca sajak di MALAM BACA PUISI PENA-MENGHARGAI SENIMAN NEGARA DR ANWAR RIDWAN.



tit...tit...tit...



Jarum berjalan... masa berlalu... resah membelenggu



bro tiba bersendirian malam itu hanya ditemankan sebuah puisi karya En solihin osman untuk dibacakan. tiba ke lapangan rumah pena kira2 pukul 820 malam. perjalanan yang dihimpit dengan kesesakan jalan raya. melihat manusia2 dengan kehidupan masing2 dalam kotak bergerak dengan seribu macam keletah.



malam baca puisi berjalan lambat kerana masalah teknikal, elektrik terputus. bro hanya mampu berdoa.



dr ridwan membacakan puisi, sahabat2nya membacakan latar belakang beliau. dan sajak2 beliau dikumandangkan. ya... malam memuji insan terpilih.



ramai yang membacakan dan mendeklamasikan sajak2 yang dirai. ada juga yang membacakan sajak2 yang memuji. tapi tidak bro.. bro membacakan sajak sinis hasil renungan perspektif berbeza En sol mengenai kehidupan penulis.



bro memandang sesuatu pada malam itu. memuji itu boleh, tapi dalam dunia penulisan, mendewa2kan itu dihadapan si yang dirai bukan lah yang baik bagi bro. ini yang bro rasa. tapi bagi bro kesedaran dan keyakinan kita terhadap yang tersohor ini perlu membangkit kan rasa ingin yang lain untuk bersama berjuang.



bro ada sajak untuk dibacakan. tidak sempurna, hanya adal dalam kepala, kotak akal tidak ditaipkan pada malam itu....

cerita dalam hati bukan mudah untuk diluah
Dengarkan suara anak muda ini, untuk yang dirai
puji dan puja hanya untuk ALLAH
sajak bukan untuk mendewa
ia untuk sang pendengar setia
penuh dengan cerita, kurangkanlah pura
suara kerdil mula berbicara
dianugerah, segunung tahniah
juga berguni-guni takziah
kerana anugerah adalah amanah,
dihisab di mahsyar
hanya dua cerita
syurga atau neraka

yang dirai.
bukan cinta dan ceria semua cerita
walau tersenyum ada berita
ppsmi akan digubah
bagi kami yang hina tidak pandai bermadah
terfikir sekejap cuma
rimba yang ditarah hingga pokok tiada akar akhirnya
adakah mudah untuk menjadi hutan semula

yang tersohor
suara ini suara kerdil
tong sampahlah ada masa madah ini orang diletakkan
aku tidak kesah kerana ini hanya tulisan cuma
bingkisan hati si muda
tapi. inilah inginku
yang dirai diharap bukan akan menjadi artis
yang gila nama gila glamor
tapi menjadi pejuang agama bangsa dan negara
jika rakyat turun bergelumang darah mempertahan yang tiga
jangan yang dirai duduk selesa di dalam istana.
harapku hanya begitu
insan kerdil menutup bicara

cincin_suasa86
0926 am
071109
alam ketenangan sementara

sajak dan bait diatas hanya tersimpan didalam hati tidak dideklamasikan. doa bro semasa bersalam dengan yang dirai...
"ya ALLAH, Selamatkan pejuang ini, jangan lalaikannya kerana berat dibahunya memikul amanahmu.. kerana dia perlu jujur dalam menegakkan kebenaran... semoga pejuang ini akan menggantikan pejuang dahulu... seperti A samad said sekurang2nya... aku anak muda akan hilang identiti jika dia diperguna yang berkuasa.. amin..."


insyaALLAH...

Bro juga dapat berbicara dengan anak sasterawan negara. ya... galakan untuk bro terus menulis diberikan. alhamdulillah. bro dapat semangat untuk bro terus berkarya. cerita dari sang anak
" ayah saya memang selalu belajar. kalau kita malam tengok tv, die malam lepas tengok berita terus belajar dan membaca hingga nak tidur"
bro??? huhuhuhu

malam itu juga bro berkesempatan berbual dengan penyajak ISWA SARING yang membacakan sajak kemarahan mengenai zeti yang tidak reti berbahasa melayu... huhuhu

" bob, teruskan... saya galakkan bob menulis... teruskan"
"saya nak tengok ada sajak bob di berita harian bulan 12 ini"
"bulan 12 ni kamu baca sajak kamu sendiri di malam baca puisi pena"

panjang perbualan kami, rahsia negara pun ada.. tapi.. bro beliau beri semangat untuk bro terus berkarya... insyaALLAH...

malam itu penuh dengan cerita. muka2 penyajak yang pelbagai ragam. penuh dengan emosi dan santai2 belaka.. sani sudin dari kopratasa pun kene dera untuk membuat persembahan... yang penting.. bro dapat sesuatu... dan dapat berikan sesuatu....
"usaha yang kecil mungkin akan memberi impak yang besar"


Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki












Thursday, November 5, 2009

Bro yang sekadar ingin berkongsi...

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Tersengih bro apabila bro membaca komen dari adik bro sorang ni pasal post kat bawah pasal SENYUM...... syuhada salleh... ni la produk2 time bro menjadi fasi orientasi dulu. Senyum!!!

ye, indah senyuman itu bila kita rasa ingin senyum ... ia akan datang tibe2 n benda ni la yang menjadi satu kenangan nanti. jika kita tidak rasa untuk senyum, apa salah kite cube terbitkan senyuman itu dibibir insan lain... ia memang indah....:)

sekadar berkongsi dan menerbitkan memori...

kata kunci posting ini, PROGRAM

tit...tit...tit...
ramai dari kite ni suka membuat program. teman rapat bro di USIM ngah handle how to get a sponsor for program rm60000, dak umah bro lak baru habis setelkan program ke thai. dan di merata tempat kite akan melihat mahasiswa akan membuat aktiviti. untuk subjet atau persatuan...

tit...tit... penat kan buat program?

jika jawapannya penat, itu normal, tp jika kata biase je, mungkin ada masalah.....(ni ahli tido ke ni)kenapa bro cakap camtu... membuat program maksudnya kita bertindak,.. dan apa pun memerlukan tenaga. dan memang penat...
sedar x...dalam kite berprogram, mungkin kita akan merasakan, ADUS, Cepatlah abis program ni,
"asyik kene bebel je ngan orang atas, "
"orang atas ni cakap tapi tak geti buat,"
" adus, cadangan seribu, jalannya seribu!!! "
"dalam meeting macam2 ckp, tapi kosong..."
"yaALLLAH, aku ni bukan kuli"
"aku tak tahu nak wat, tolong la aku, jangan arah je"
"huhuhu"

tit...tit...tit...
ni adalah dialog memberontak seseorang mahasiswa yang masa die masuk dalam ape2 aktiviti, ade persepsi sendiri. ni dialog2 orang yang x pernah gagal n duduk bawah dalam persatuan.

program berjalan, hati membengkak, mulut membisu(sebab orang atas garang), kawan dilihat ingin mengambil kesempatan... tit...tit... buruk sangka akan menjadi asam garam dalam organisasi yang ada insan sebegini.

program gagal? x mesti... ada yang berjalan... kerana...

kerja akan berjalan untuk memperlihatkan diri bekerja. masa inilah semasa ketua berada didepan mata, semua nya perfect, tapi... hati makin menanggung derita....


tit...tit...tit...
masa berlalu...

program habis... post morterm pun abis... ati gase lega... nak rehat...

tp... nanti satu masa bila kite dah habis lelah, penat pun da abis, tibalah malam semasa lepak2 sorang dirumah. dialog inilak yang akan keluar

"aduh, boringnya, :"
"biasenya, masa ni aku kat meeting"
"kalau la aku wat tol2 masa program tu mesti lebih baik"
"kalau la aku hepikan kawan2 time tensen dalam program tu, konpem seronok"

pertanyaan KALAU akan menguasai segenap bentuk persoalan...

tit...tit...tit...
PERNAH LALUI?
MASA ITU KALIAN TERINGIN UNTUK MEMBUAT PROGRAM LAGI... NAK MEMPERBAIKI N TOUCH UP SEMUA YANG TERLEPAS ARI TU DALAM PROGRAM2 YANG LAIN??

ye... mungkin akan berlaku peluang itu... tp... jika anda tidak ubah sesuatu... anda akan kembali pada persoalan2 dan dialog diatas...

apa yang anda kene ubah?

niat...

untuk apa anda berpersatuan... (nak popular ke nak berbakti?)

kenal diri...(mampu ke? jika tak, nape malas belajar ngan yang tau?)

"bodoh sombong itu lebih bawah tahap die dari orang yang bodoh..."

berpersatuan perlukan kepandaian, tapi bukan A++ dalam subjek itu yang anda perlu tampalkan di dahi... kerana A dalam subject tidak bermakna anda akan perfect semasa anda megendalikan mesyuarat dan mengetuai satu2 program....

tit...tit...tit... bukti? pergi cari dalam mane2 persatuan...handle program.. anda akan belajar beza antara apa itu menggunakan(aplikasi) kepandaian dengan tampal kepandaian didahi....

tit...tit...tit...
bro dan berpersatuan... erm...bro banyak memori dalam persatuan dari apa yang bro ingat memori bro dalam bilik darjah study farmasi... ini pengakuan...pernah bro tengok kat resume bro, uik.. AKU NI AMIK FARMASI KE AKU AMIK EVENT MANAGEMENT...huhuhuhu... personality disorder? heheheh

tit...tit...tit...
P/S: esok(061109) bro ade jemputan ke PENA untuk malam baca puisi PENA 2009.." puisi adalah cerita kehidupan"

sekadar satu perkongsian...
Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki