Tuesday, September 30, 2008

eSoK RaYa

esok raya...
baju raya da ade, semua da kemas... adus... letih tp membahagiakan...bro hari ini tak banyak yang dibuat... hanya kemas rumah n jadi 'dak opis'... kene beli barang dapur

hari ini bro nak berkongsi dengan apa yang bro rasai. kol 630 ptg td bro tetibe teringat arwah maklong bro, orang yang jaga bro time kecik. bro terus pergi ke kubur maklong bro. maklong ni akak pada mak bro. dari umur 3 bulan, mak bro akan hantar bro kat umah maklong. maklong jaga bro. balik dari sekolah(mak bro cikgu), mak akan ambil. sampai la bro mur tujuh tahun. masuk sek ren pun bro balik sek akan g umah maklong dulu, sebab nak g sek agama kat situ. bro memang rapat ngan maklong ni. bro anak emas la kirenye dalam ramai2 anak maklong... hehehe...

bro duduk di tanah perkuburan tu. bro lihat semua kubur sudah dikemaskan.. seperti tahun2 sebelumnya. bila raya tempat ini akan dikunjungi ramai orang.

bro sempat bacakan alfatihah,... bro teringat ada ceramah tu, KITA KE KUBUR BuKAN SETAKAT NAK TENGOK BATU NISAN, TAPI KITA MENDIDIK DIRI UNTUK MENGINGATI MATI. dan itu lah yang bro fikirkan. adakah diri ini akan istiqamah sehingga saat kematianku...

semua nya perlukan kekuatan... dan bro dambakan nya sekarang...

insyaALLAH, ALLAH bersama orang yang mencariNYA

ALLAHHUAKBAR3X
LAILAHAILALLAHHUALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBARWALILLAILHAMD

semoga raya ini memberikan kekuatan pada bro untuk mencari, belajar dari apa yang diperhatikan... kerana pemerhatian akan mendekatkan diri dengan ALLAH...
diciptakan dunia ini untuk yang ingin berfikir...

amin..

selesai

1114pm
1 syawal 1429

Monday, September 29, 2008

...hArI iNi DaN pEnGaJaRaNnYa...

salam mujahadah
ari ni bro gase malas sikit... dah nak gaye da pun... umah x abis kemas lagi. xpela, esok pulun abis2. td pagi bro, mak,adik n akak g shopping. beli barang nak gaye. kat rumah ni bro masih memegang gelaran driver... heheheh. bro bawak mak g jaya jusco, g tesco, g bazar ramadhan n antar daging kat umah makngah di jasin. life ari ni simple, tapi bro bersyukur dapat menikmati hari ini dengan tenang dengan family bro. rase tenang je bile duduk dengan family sendiri. hilang semua masalah. tq ALLAH
alhamdulillah, ALLAH berikan bro family yang menenangkan. ALLAH meniupkan kasih sayang yang benar2 wujud di dalam keluarga ini.
ya RAHMAN, ya RAHIM
bro hari ini baru baca buku kusyuk dalam solat, buku yang dipetik dari tazkirah tuan guru nik aziz nik mat. bergetar rase dada ni, pada mulanya, disebut apa yang selama ni kita rasa apabila kita membaca alfatihah. adakah kita rasa getarnya apabila membacakan ayat" pemilik hari pembalasan". dapat x kita bayangkan bagaimana kita nanti. fuh, makan dalam je... insyaALLAH bro akan habiskan baca( x abis lagi sebab bz cikit,lemah diri ini) kerana solat tu la permulaan bicara kita dengan ALLAH. tu la permulaan amalan yang akan ditanya di akhirat nanti.
ya ALLAH,ampunkan kelemahan diri ini
hari ni yang bro nampak. macammana la nanti bro da berkeluarga. yela, mak n abah senyum je kuarkan duit. bro lak main mintak je... kena belajar dari apa yang diperhatikan.
ya ALLAH, kau ampunkan lah dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa adik beradikku, dosa guru2 ku, dosa sahabat2ku dan dosa kaum muslimin muslimat.
ya ALLAH, kau berikan la aku isteri solehah yang menjadi penyejuk mata suatu hari nanti. semoga kehadirannya kan mendekatkan diri ini dengan MU.
...bro sayang family bro, sahabat2 bro...
amin...
selesai
1144pm
isnin
30 ramadhan

Sunday, September 28, 2008

rAyA Oh rAyA...

raya!
syawal akan menjelama
takbir akan bergema
bau rendang dan ketupat
tidak dilupa pada baju raya

2 hari lagi akan menjelama
apa yang dipanggil
hari kemenangan
hanya pada yang berpuasa bukan pada semua
hanya yang mendapat makna
bukan sekadar lapar dahaga

lagu raya bergema
lupa sebentar nasyid di telinga
semuanya terlintas sukar dikawal
terawikh hanya dirumah
mungkin kerana lemahnya jiwa
semua berbalik pada diri semata
ALLAH sudah memberikan ilham
pada yang mana ingin berfikir

raya akan datang
adakah seperti setahun yangg sudah,
ia datang dan pergi tanpa makna
hanya akan dapat mencari satu perkara
medium memafkan semua insan didunia
bagai hari maaf sedunia rasanya

raya tetap raya
ia tetap akan datang
setiap tahun ia datang
membawa bulan yang bermakna
tapi adakah kita merasakan ia
atau hanya bangga dengan pakaian baru semata

raya oh raya
tahun ini lain dari yang lain
aku rasakan ketenangan bukan setakat kemeriahan
bulan pertama disambut selepas diri ini ditarbiah
bulan pertama mujahadah dimulakan
menghadapi diri sendiri
pujukan syaitan yang direjam
dan nafsu yang bersemangat

raya
diri ini terkenangkan arwah2 yang meninggalkan aku
semoga semua nya akan bersemadi aman di alam 'sana'
tersenyum mendapatkan bayaran amalan didunia ini
doa ku panjatkan semoga semuanya aman
dan akan berjumpa kita di 'sana'
tunggu la wahai insan2 yang kusayangi di 'sana'

raya
ini akan lebih bermakna
jika kita mampu berfikir
apa yang kita lakukan ramadhan ini
adakah sekadar lapar dan dahaga
atau ia menjadi bermulanya sebuah perjuangan
walau sekadar kecil kecilan
ia tetap akan dipandangNYA
kerana ALLAH maha melihat
percayalah

raya
jangan disini la diri ini tersungkur
atau diri ini lemah
harap raya inilah medan mula perjuangan diri
dan mulanya satu perubahan

raya ku beraya
semuanya tetap kena hadapi....
semoga raya ini hari kemenangan ku.

amin

selesai..

knie@bob
1018pm
ahad
28 ramadhan 1429

Thursday, September 25, 2008

bicara bro 2: HaDiAH

ramadhan akan berlalu... semoga umur ku panjang... bro sekadar ingin berkongsi sedikit dari apa yang bro tau... pernah dengar x benda ini.

"ALLAH MAHA BESAR SEBESAR2NYA,SEGALA PUJI BAGI ALLAH SEBANYAK2NYA. MAHA SUCI ALLAH TUHAN SIANG DAN MALAM, KU HADAPKAN KEPALAKU HANYA PADA ALLAH PENCIPTA LANGIT DAN BUMI,SESUNGGUHNYA AKU TIDAK TERGOLONG DARI GOLONGAN ORANG YANG MENYEKUTUKAN ALLAH, SOLATKU, IBADAH KU, HHIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH.DENGAN ITU AKU DITUGASKAN, SESUNGGUHNYA AKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG2 ISLAM."
doa iftitah


ini adalah antara lain maksud yang bro baru dapat pahamkan. bro mencari. selama ini hanya membaca DOA IFTITAH tanpa tau apa itu ia. satu rasa kehambaan kepada ALLAH jika kita faham maksudnya. jika setiap pagi kita baca, 5 kali sehari tiada tinggal, kita akan baca doa ini,(insyaALLAh).

SOLATKU, IBADAHKU,HIDUPKU, MATIKU hanya untuk ALLAH. mari kita bersama2 pikirkan kembali, adakah semua yang kita buat hari ini kita niatkan kerana ALLAH? jika tidak mampu nak jawab, mari kita lihat pada iftitah kita... apa yang kita baca... adakah itu sekadar bacaan bagai kakak tua bercakap?

bro terpikir benda ini dan bro sedang mencari. step pertama bro nak betulkan solat, kerana solat tiang agama. bro melihat tapak msu di depan apartment bro ni, bro lihat... ia dimulakan dengan tiang... x de lak diorang wat atap dulu...so, bro berusaha membaiki solat sebelum yang lain belajar juga. ini step pertama perkongsian bro...

pikir x...
setiap kali kita bangun kita akan tersenyum jika ada msg dari orang yang kita mesra@ rapat. kita akan tersengih seharian jika bangun2 kita dapat hadiah yang berbungkus cantik dan wangi di hadapan mata semasa kita bangun.
tapi
tidakkah kita sedar, setiap hari semenjak hari pertama kita dilahirkan, setiap pagi ALLAH memberi mu hadiah. hadiah yang mengkin tidak berbalut tapi cukup indah dan penting. dengan kasih sayang ALLAH meletakkan ia didepan mata kita.
apa hadiah itu?
jawapannya ialah sebuah kehidupan...:)
hadiah yang kita tidak disyukurinya

yang kita anggap sekadar rutin. kita bangun, membalas msg good morning kekawan. pergi solat subuh dalam keadaan malas dan mengantuk. bermula la pagi itu sama macam semalamnya. sekadar rutin yang sudah bosan.selepas subuh semua bermula. apa balasan kita pada hadiah dari ALLAH itu?

kita balas dengan dosa!
maksiat! mengumpat! menipu! mencaci! bergosip!fitnah!
dan pelbagai lagi... semua nya sebab tidak sedar hadiah yang diberikan itu mungkin tiada lagi untuk esok.

kita lupa pada pemberi hadiah di subuh hari. nikmat dan hadiah itu, sepanjang hari ini kita mengambil hadiah itu tanpa malu sedikit pun,
berdosa, curang dan berpaling dari taat setia pada doa sebelum alfatihah kita,
tapi adakah ALLAh membalasnya.

ALLAH tetap memberikan lagi pada esoknya hadiah yang penting ini untuk kita. dengan ARRAHMANNYA dan ARRAHIMNYA.
semua nya diberi dengan penuh kasih sayang

tapi ada lagi kah hadiah ini untuk hari esok??


mari kita pikirkan dan renungkan...
nikmat ALLAH mane lagi yang awak dustakan

amin
selesai
1257am
250908

Wednesday, September 24, 2008

bicara bro : RaMaDhAn...

ramadhan semakin menghampiri penamat.bro termenung tadi di tingkap mengenang ramadhan tahun ni. puasa tahun ni rasa lain sangat. bro banyak belajar benda disini. bro termenung jauh dan mula terkenang kenangan di bulan ini.

bro diuji dengan memacam tahun ni. fc nye masalah,teaternye masalah, gaduh, kecik ati... memcam la... tenang memang la x dapat dicari

puasa ni...
1) first time berbuka dengan abg ipar
-pergh, ade ahli baru dalam rumah, abg ipar yang sempoi. lepas raye ni bro insyaALLAH akan dapat anak buah.:)

2)terawikh dengan sahabt2 kat kolej
-jamaah membawa pada satuikatan yang kukuh atas pegangan tali ALLAH

3)moreh sambil diskusi ilmiah ngan sahabt n pelapis2 pejuang islam msu
-sempoi, makan sambil diskusi, mcm usrah versi baru lak kan, banyak yang bro belajar. malu bertanya sesat jalan. bro pegang tu. patut la lama sesat sebelum ni. astaqfirullah


4)kulti(kuliah tiga minit)
- ilmu ALLAH luas, dan ia perlukan perkongsian dan peringatan. soal puasa, solat, perhubungan, jiwa. semua nya dikongsi dengan niat kerana ALLAH


5)kem mujahadah ramadhan
-makan dalam talam(nasib da belajar masa join tabligh dulu)
-qiamulail(aku mampu buatnya,dengan bunyi sungai di belakang, ya ALLAH indah suasana alam ciptaan MU... menenangkan
-muhasabah diri yang merobek jiwa ku, menyedarkan aku hinanya aku jika aku meninggalkan solat dan lupa diri
-musafir fana yang berjaya merubah persepsi aku tentang orang, kerjasama, sikap menolong. kematian yang menunggu dan pelbagai lagi... ya ALLAH,kerdil diri ku di alam MU ini bila aku mencariMU
-LDK(abg aiman sempoi...senyum je... tp ilmu mantap.
-demi matahari... x perlu explain, ia berada dalam hati semua yang mengetahui dan memahaminya.
- sahabat adalah orang membantu kita dikala susah dan juga menjadi cermin yang jujur pada kita...
"mujahadah itu pahit kerana jannah itu manis"

6) esq leadership training
-'demi matahari, dan sinarnya di pagi hari'
'demi bulan apabila ia mengiringi'
'demi siang hari bila menampakkan dirinya'
'demi malam apabila ia menutupi'
'demi langit beserta seluruh binaannya'
'demi jiwa dan seluruh penyempurnannya'
'ALLAH mengilhamkan,sukma kefasikan dan ketaqwaan'
'beruntung bagi yang mensucikannya'
'merugi bagi yang mengotorinya'

mencari itu fitrah manusia... mencari yang mana akan menghasilkan yang hakiki. dan ALLAH memberi aku kesempatan setelah banyak kali di ajak, tergerak untuk pergi... disana bro mengenal diri, menyelami hati, menerokai alam semesta, membongkar mukjizat al quran, menyingkap tabir sejarah RASULLULLAH dan sahabt, belajar dari tamadun islam... semuanya mendekatkan bro dengan ALLAH... bagai setiap langkah diperhatikan. dan bro makin tenang sekarang. tenang bukan kerana manusia tapi dari kasih sayang ALLAH... aku rindukanNYA...
semoga cahaya yang dapat bro rasakan ini tidak akan pudar dengan dosa2 yang acap kali dilakukan. astaqfirullah... ampunkan dosa2 ku ya ALLAH...
esq mengajar bro apa yang bro cari selama ini... al quran panduan ku...dan ini la bermulanya satu pencarian hanya pada ALLAH...
doakan bro akan kuat ya sahabat dan juga semua alumni esq...
1 ihsan
6 rukun iman
5 rukun islam
salam perjuangan 165


7) free al quds
-malulah kalian, hanya seronok didalam selimut, tapi saudara seagama d palestin bermandi darah menyelamatkan akidah dan negara islam mereka... ALLAH bersama orang2 yang sabar. alfatihah untuk para pejuang supaya mereka kuat dan tabah.

8)iftar bersama anak yatim
-'makan dalam' bila tengok yang x bernasib baik, diri ini banyak yang dapat, tapi kurang bersyukur...adus...
-rewang...mengeratkan hubungan ajk dan ahli2 biasa macam bro... best... bro memang minat rewang... silap la kalu bro da terjoin... seronok, bermakna walau makan malam tu x sampai setengah pinggan. hati sayu la tengok anak2 yatim tu...

ramadan banyak yang mengajar bro... sebagai training untuk perang 11 bulan lagi...
kenangan bersama kamu semua memang bermakna...
harap ini bukan pengakhiran sebuah mujahadah

ramadhan...
aku pasti rindu kehadiranmu....
adakah aku akan berjumpa dengan mu
atau aku akan pergi dengan inilah perjumpaan terakhir
diri ini dengan mu
hati ini sayu dikala ramai bergembira..
adakah aidilfitri ini satu kemenangan @ kekalahan pada ku yang terlalu banyak salahnya.
ya ALLAH,ampunkan segala dosaku,dosa kedua ibu bapa ku, sahabat2 ku, kaum kerabat ku dan semua musimin muslimat....
perkenankanlah doa hambaMU ini...
amin..
selesai..
0456pm
rabu
240908

...SeNyUmAn...

senyuman
mana akan ku dapat kan ia
untuk ku lekatkan di muka ku
sebagai penyeri hidup
manusia sekeliling ku
senyum
aku kehilangan nya
sudah lama
pergi tanggal dari wajahku
hingga aku kekok
mana senyum mana paksa
senyum
aku di gelar sombong bila tiadanya
mana kau pergi?
adakah aku tidak layak memilikimu
kerana kekerasan madah2 ku
tapi aku akan cari
kerana hatiku semakin tersenyum
dan mengerti apa makna tenang
senyum
mungkin riak muka ku
tak memungkinkan kau hinggap
tertampal dimuka ku
tapi jiwaku ini sudah mendapatkannya
senyum
ketenangan, keceriaan,,kebahagian
milik ARRAHMAN,ARRAHIM
aku sedar itu
dan pencarian ku padamu senyuman
adalah mendekatkan aku pada
peniup kasih sayang
dalam hatiku
dan aku tak mahu berpaling dari NYA
yang menyayangi ku
hambaNYA yang banyak berdosa ini
amin...
selesai...
...doa yang diajarkan seorang sahabat baikku,...
"ya ALLAH, lenyapkanlah dukacita kami,hilangkanlah kesedihan kami,dan halaulah keresahan dari jiwa kami"
amin...
tq sahabat yang sentiasa membantu dan mengajar aku erti sebuah senyuman
iaitu pencarian sebuah ketenangan... kita bersahabat kerana ALLAH,dan jasa mu hanya ALLAH sahaja yang akan dapat membalasnya
240908
rabu

...bErUbAh...

perubahan
ia bukan sekadar berkata
ia adalah satu tekad
satu janji
diikat pada arasy NYA
memohon dan meminta
mana yang tersalah
minta diampunkan
mana yang dimurkai
minta di hapuskan dari diri
*
perubahan
satu perkara yang mendebarkan
melihat pandangan manusia
melihat hitamnya jiwa
membelenggu diri
mengekang suara hati
*
perubahan
bukan semua yang menyukai
tapi ia indah
hanya diri yang mengetahuinya
hanya ALLAH mengetahui isi hati ini
*
perubahan
perjalanan ingin mencari
apa makna hidup
apa matlamat hidupku
apa yang ku cari
mana ketenangan hakiki
dan bagaimana aku akan mati
*
ALLAH jawapannya
jangan ditarik perubahan ini
jerit pada diri
jangan jadi namrud
jangan ego dengan dunia
kau akan tau akibatnya
aku ingin berubah
dan ia laluan yang benar
semoga aku tetap akan berada
dalam perjuangan ini
amin
selesai...
"nun,demi qalam dan apa yang dituliskan"
...aku bertanggungjawab atas semua yang ku tulis...
...mujahadah itu pahit kerana jannah itu manis...
...jangan tinggalkan aku ya ALLAH...
...aku rindu padaMU...
0146am
240908

BiCaRa bRo: kEnApA???

astaqfirullah... astaqfirullah,.. astaqfirullah...
sahabat.
sekarang ni hati bro ini sedikit terganggu... kenapa bro rasa nak marah je... apa yang bro nampak bro nak marah...

ya ALLAH... jangan ditarik nikmat ketenangan dari MU pada ku... sekarang ni bro gase macm ade je yang x kene... mcm ada yang marah dengan bro, ada hati yang terguris dengan bro... adakah ini mainan jiwa atau satu suara hatiku ya ALLAH... tunjuki jalan yang benar....

ya ALLAH, jika ini ujian pada apa yang aku kongsikan untuk sahabat2 ku, aku serahkan semua padaMU, ku mohon hanya padaMU.

perjuangan ini memang sukar, lagi sukar bagi orang yang pernah bergelar 'sampah' pada suatu masa dahulu... ada yang memandang sinis dan ada yang tak percaya bila bro cakap pasal ISLAM...

"aik, awak tu dulu pun sama gak"... ayat2 yang biasa didengar... hanya boleh dijawab dengan senyuman... kenangan lama memang menjadi satu palitan yang benar2 berat bagi diri ini. lagi2 senyuman sinis yang menusuk jiwa...

bro seronok mencari ALLAH dalam segenap nafas bro, membaca apa yang berlaku, tp kekadang terlupa pada apa yang dipertanggungjawab kan... adus,

ya ALLAH, kepada KAU kami sembah, dan pada KAU kami meminta pertolongan...tunjuki la jalan yang benar..." hamba mu ini mencari MU ya ALLAH... sedih jika aku tidak mampu menjadi wakil2 ALLAH yang baik didunia ini... aku mahu menjadi hamba yang tergolong dalam orang2 yang diberi nikmat, bukan orang2 yang dimurkai dan orang2 yang sesat...
aku selalu lupa, menjadi orang yang lalai adalah ketakutan ku...

aku hamba MU yang lemah ya ALLAH...

aku rindukan MU....
aku mohon ketenangan, kekuatan dalam kecemerlangan dalam setiap langkahku...
ENGKAU perkenan kan la doa hambamu ini...

knie@bob
0111am
240908

Monday, September 22, 2008

BiCaRa bRo(...IdEa DaN PeRkOnGsIaN...)




tergaru kepala perkara biasa dalam kehidupan ini. bro pun selalu gak. selalu nya menggaru kepala ini apabila kita da x de idea nak buat sesuatu.

erm..

ini lah yang berlaku ni kat bro... idea ade tp susunan ayat xde... idea sajak da ade, ayat x nak kuar...

ya ALLAH, ampunkan segala dosa ku ya ALLAH.
selalu sangat lalai ni. pelupa lak tu.


alhamdulillah, td bro baru blik dari terawikh, dapat berjamaah, masa 'kulti' td, sayyed ade mengingat kan tahap mana solat kita. bro pun berfikir... adakah solatku ini diterima. yang x dapat 100% kusyuk. adus, hina betul hamba mu ini YA ALLAH. aku mohon keampunan MU.

solat berjamaah, ukhuwah pun diperkatakan td, menjadi satu tamparan dan bagai dikejut... adakah aku akan kuat berjamaah selepas gaye nanti... bukan hanya kerana terawikh. dan juga teringat bro mengenai puasa. kan puasa ini satu training untuk menghadapi 11 bulan lagi, maka adakah sudah cukup training bro untuk menghadapi 11 bulan mendatang. muhasabah...

rasa sedih lak ramadhan semakin mengakhiri masanya. ya ALLAH, adakah aku sempat melihat ramadhan tahun hadapan. atau adakah ini adalah training terakhir ku. semua nya aku serahkan padaMU YA ALLAH.

"jika ingin berbicara dengan ALLAH,solat lah! jika ingin ALLAH berbicara dengan mu, bacalah al quran! "
1136pm

...NaFaS InSaN yAnG kErDiL...

alhamdulillah
senja kembali lagi...
aku masih bernafas rupanya
sudah hampir separuh hari aku diberikan sesuatu
hadiah yang sebelum ini tidak pernah dihargai
sukar bersyukur pada apa yang diberi
hadiah kehidupan semasa aku terbangun
dipagi hari

aku menarik nafas ini
tidak mampu menahan
dan aku lemas
waima 20 saat aku tewas
diri ini tak mampu menahan lebih dari itu
kenapa sebelum ini aku buta
sukar mengucap syukur
selepas aku kembali dapat melihat dunia
selepas aku dimatikan sementara
pada waktu tidurku

ya ALLAH
aku ni insan yang lemah
selalu lupa padaMU
aku insan yang kerdil ya ALLAH
semua ini sukar ya ALLAH
ku mohon kekuatan pada MU
untuk aku terus mengenal makna istiqamah
ENGKAU menghadiahkan ku sahabat2
dan ku syukurinya
peliharalah hati2 kami
jangan buat kami berpaling
dariMU

ya ALLAH
aku rindukan MU
aku tak mahu menemui MU
dengan diriku yang dibelenggu dosa ini YA ALLAH

ya ALLAH
ampunkan dosaku
jangan ENGKAU tarik nikmat cinta ini
cinta padaMU
yang sukar ku gambarkan
hanya KAU sahaja yang mengetahuinya

ya ALLAH
aku rindukan MU...
ampunkan dosaku

amin...

alhamdulillah
rezeki dari MU dihadapan ku..

knie@bob
0711pm

Sunday, September 21, 2008

bicara bro 2: tenang

hari semakin lewat... diri ini baru berehat selepas balik dari terawikh.. tq ALLAH, ari ini dapat juga aku berkumpul dengan mereka2 yang beruntung kerana memilih untuk menyertai tadarus dan kuliah di surau universiti ku. bro sekadar ingin berkongsi dalam bicara ini mengenai ketenangan.

alhamdulillah td bro mampu melawan ketakutan diri untuk memberi sedikit kuliah 10 minit untuk sahabat2.. bro sekadar bicara mengenai apa yang kite cari n makna ketenangan hakiki.

masalah kaki kebas dan sakit, cuak ngan sahabat2 yang power2 agama ni memang la mengacau bro. tp yang bro nak, sekadar berkongsi dan membawa sahabat2 berfikir.

ketenangan la kunci bagi apa saje yang kita buat. ia satu kebahagiaan. ketenangan ini biasa nya akan diinginkan apabila kita ditimpa pelbagai masalah yang membuatkan kepala kita ni jadi 'semak'. mari kita pikirkan, apa yang membuatkan kita tenang selama ini? kasih sayang mak? pakwe@makwe kite, kawan2... tapi adakah semua ini akan kekal selamanya?

jika masalah timbul, maka kita akan cuba buat apa yang leh bagi kita tenang. apakah yang menjadi motivasi kita jika kita ditimpa masalah?

",maka sesungguhnyabersama kesulitan ada kemudahan,sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan". ayat ini dipetik dari kitab yang tidak ada keraguan dan penuh keajaiban,AL QURAN surah assy-syarh(alamnasyrah) ayat 5 dan 6

maka kita perlu tanamkan dalam hati bahawa ALLAH da mengatakan pada kita yang setiap masalah itu ada kesenangan pada nya. kita hanya perlu berusaha dan ikhlas menghadapi masalah itu. jangan persoalkan perancangan ALLAH.

kau buat lah apa2 yang akan dapat menjadikan dirimu tenang. tapi jadi satu peringatan kita pada ayat ini
"beruntung bagi yang mensucikan, merugi bagi yang mengotorinya". surah asy-syam ayat 9-10.
jika kamu rasa maksiat tu menenangkan, maka ingat ayat ini... mari kita pikir2kan, mana yang kita inginkan, hamba ALLAH yang BERUNTUNG@ RUGI?. semuanya berbalik pada diri kita sendiri. walaupun sudah dikatakan beribu2 kali pada diri bahawa "jauhi maksiat, nanti akan terjatuh, an kau akan makin jauh" tapi bergantung pada adakah kita ini menginginkan hidayah dari ALLAH atau menjadi insan yang mempersendakan AGAMA ini. kerana

"ALLAH mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi yang mesucikan, merugi bagi mengotorinya" asy-syam.

PIKIR DAN PILIHLAH SAHABAT2KU

bagaimana hati ni akan tenang???
maka jadikanlah satu motivasi yang kukuh, bahawa ALLAH dah nyatakan jawapan dan memberi klu pada soalan ini,
"ingatlah,hanya mengingati ALLAH hati menjadi tenang"surah ar ra'd ayat 28

pikir,pilih dan ingat...
bahawa..

sahabat, kita x mampu nak menyorok dan berselindung jika kita membuat silap.
kerana
tiada sehelai daun pun yang gugur terlepas dari pandangan ALLAH. inikan pulak manusia yang ada malaikat yang tak tidur menulis segala amalan diri.
pikirkan...

amin..



hanya sekadar satu perkongsian...

demi masa, manusia dalam kerugian, kecuali yang beriman, membuat kebajikan dan yang saling menasihat kepada kebenaran dan kesabaran...

selesai bicara...

senyum selalu...

knie@bob
1125pm

Saturday, September 20, 2008

...bicara bro 1...

hari semakin menuju senja, bro sekarang ngah bersandar dan bersila di depan laptop kawan bro. tumpang... sekadar ingin meluahkana apa yang bro sedang fikir sekarang. belajar bro x abis2 lagi, naik gaye ini, batch 0606, batch bro akan habis sem n mule praktikal. bro x abis2 lagi. td pre register bro ade lagi subjek kene amik. bro x tau bile akan abis, umur 22 diploma x abis2 lagi. kalu ikut hati memang bro akan menjerit kerana tekanan. tp bro beruntung sekarang bro da dapat menhadapi. bro sekarang ni gase banyak jawapan pada pertanyaan WHY dalam hidup bro. seorang sahabat bro mase berbincang ngan die ade menyebut, tidak ade satu pun perkara yang kebetulan didalam dunia ini, semuanya ade dalam perancangan yang MAHA MELIHAT dan MAHA MENDENGAR.YA BASHIR, YA SAMI'...semua ade dalam pandangan ALLAH. bro semakin percaya pada diri.sekarang bro akan isi masa termenung(x study) untuk menghasilkan sajak2 yang akan memberi motivasi pada pembaca dan diri bro sendiri.

sebelum ini, bro selalu bertanya pada diri, bro kalu berkerja pasti akan nak kan serius dan perfect. kalu x perfect bro akan tensen dan salah kan diri sendiri. tu la bro... tp bro sekarang mengambil hikmah dalam apa yang berlaku

YA BARRI'.. yang maha perancang telah merancang kan lebih baik dari ape yang bro sangkakan. sesungguhnya semua ini sesuatu dalam gengamanNYA. jika dulu bro nampak kegagalan tu satu kecelakaan, bro memikirkan sekarang ia ujian dalam perjalanan bro mencari NYA. bukan di sukarkan, tapi dihalakan di jalan yang lebih menjurus pada diriNYA.

sekarang ini bro telah dibuang dari majlis fasilitator, kelab teater bro da x leh beroperasi, tapi ALLAH menjuruskan bro untuk berkerja di dalam PMI.persatuan ISLAM yang menjadi medium(bekas) bg kerja2 kebajikan, kerohanian, kepimpinan dalam konsep islamic thinking.

bro berdoa bro akan jumpa sesuatu dalam hidup bro sebelum bro mati. tu yang bro pegang. bro nak mati macam sedare2 bro yang tersenyum. mcm tido je dan seronok pada kematian.

kekangan tetap berlaku, dalam pmi ini banyak yang berkebolehan, tp ia terkongkong. banyak yang berilmu, tp medium dakwah terkekang. keadaan kolej yang mencabar banyak yang perlu difikirkan. bro pun hampir hanyut dalam dunia msu ini yang wow!!! memang selalu aje tertunduk mengelak mata ini terjolok!(entahla) arap diri ini akan sentiasa kuat pada MU.

bro tetap bro, RAGA bro ini tetap bro, tapi bro semakin seronok mencari MU ya ALLAH. bro semakin tenang dalam perjalanan hidup bro. bro tenang dalam solat, dalam belajar, dalam berpersatuan, dan dalam life bro sendiri. cuma masih belajar cmne nak tersenyum. sukar nya...;0)

semalam bro baru terlibat dalam program bersama anak yatim. paginya bro tenang je,tersenyum je bile bekerja ngan orang yang pernah membuang bro dari fasilitator. best je perasaan ni. tenang,..:)

malamnye, bro melihat anak2 yatim yang diraikan. air mata ni x malu lagi untuk mengalir bila melihat anak2 yatim tu tidak bernasib baik seperti bro. masih beribu berbapa. duit main mintak je. banyak yang bro belajar semalam

bro rase tenang bile dapat berkongsi dalam blog ni. rasa banyak yang boleh dikeluarkan. doakan semangat bro dalam berkongsi itu akan terus kuat

yang penting satu perkongsian. kerana saling nasihatlah sesame sendiri jika ingin tergolong dalam manusia2 yang beruntung. kan manusia itu pelupa.

selesai sudah satu luahan sukma diri ini

amin

ya ALLAH, aku diuji dengan kesukaan bercakap, jangan sebab ini aku di humban ke neraka. aku tidak mampu ya ALLAH.

bro mencari dan akan terus mencari. jiwaku dalam genggaman yang MAHA ESA

"beruntung la bg yang mensucikannya,merugi bg yang mengotorinya"

dan semoga semua yang pernah sayang pada ku menjadi yang beruntung...

tu doaku

selesai...

0615 pm

...mAnE kAu InGiN BeRsEmBuNyI...

"tiada sehelai daun pun yang gugur tanpa pengetahuan ALLAH
tiada sebutir biji pun dibumi, basah atau kering terlepas dari tercatat dalam kitab yang yang nyata" surah an'aam ayat 59
*
manusia
langkah mana yang kau kata tersembunyi?
kata2 mana yang kau katakan diselindungi?
perlakuan mana yang kau katakan tidak diketahui?
dosa mana yang rasa akan terlepas dari ILLAHI?
kau melangkah ke arah yang salah
kau berkata bagai tiada yang mencatat
jiwa nan gelisah melihat hukuman dunia
tapi tidak gentar pada janji neraka
*
jika kau sedar
kau akan berfikir
jika lalai
kau akan tercicir
kerana kau memerlukan agama
bukan agama memerlukan kau
*
pilih mana jalan yang kau idamkan
kerana kau perlu sedar
ALLAH sudah berfirman
"beruntung bg yang mensucikan, merugi bg yang mengotorinya"
semua berbalik pada diri
antara mengejar bahagia dunia atau bahagia hakiki
*
aku sedar, hidayah milikNYA
aku sedar yang AL HADI itu DIA
memberi petunjuk pada yang dikehendaki
pada insan yang mencari
aku hanya mampu menasihati
kerana manusia itu rugi
kecuali yang menasihati sesame sendiri
dan aku pun terus mencari
apa makna ketenangan hakiki..
biar kita ketemui semua soalan didiri
*
amin
*
1215pm
sabtu

Thursday, September 18, 2008

...BiLa SuBuH mEnJeLmA...

Bangun sayang
buka mata mu
hari telah bermula
siang akan menjelma
*
bangun diriku
mulakan harimu
mengadap yang ESA
bukan sekadar bersarapan sahaja
*
bangun badanku
kuatkan semangat mu
tinggalkan selimut mu
biarkan bantalmu
ia tidak akan hilang
ia akan tetap disitu
tapi masa tidak boleh diulang
*
bangun hatiku
hari ini tidak akan dapat diulang
tak dapat kau ulang subuhmu ini
ia akan berlalu
dan kau akan tetap disitu
*
bangun jiwaku
kukuhkan dirimu
kau akan disoal kelak
apa yang kau lakukan
semasa ALLAH menunggu mu
disubuh hari
selepas malaikat menjaga mu
semalaman tanpa tidur dan terus berjaga
*
bangun
jangan kau digelar sombong
tidakkah kau bersyukur???
nyawa tidak ditarik semasa kau berdengkur
jasadmu tidak kejang kebiruan tanda kematian menjelma
dan usia mu masih lagi ada dan kau bisa tersedar
*
bangunla...
kerana subuh akan menjelma
dan kau mampu menyambutnya
*
180908

Wednesday, September 17, 2008

...BaCaLaH...

bacalah!
bacalah dengan nama tuhan mu
segala yang ade dibumi ini, di langit dan di dalam diri mu
apa yang kau simpan dan yang kau inginkan
kejahatan atau kebaikan
kefasikan atau ketaqwaan

bacalah,
kaji dan selidik semua yang ada,
jadikan apa yang kau nampak menuju ke arah NYA
jangan gentar ngan apa yang ada di dunia ini
kerana semua nya makhluk ciptaanNYA

jika kau takut pada manusia, ingatlah!!!
dia hanya hamba ALLAH,
diberi kekUatan dan kebolehan olehNYA
dan DIA yang berhak untuk menarikNYA
YA AZIZ... YANG MAHA PERKASA
ALLAH!

jika kau kecewa,INGATLAH!!!
jangan kau mohon pada manusia, jangan kau mohon pada makhluk
ingatlah, siapa yang meniupkan kasih sayang! YA RAHMAN,YA RAHIM...ALLAH!
mohon padaNYA

jika kau berjaya, INGATLAH!!!
jangan kau bongkak, jangan kau sombong, jangan kau takbur
ingatlah siapa yang memberi rezeki dan nikmat
YA ROZZAQ..... ALLAH!!!

dan jika kau ingat ini semua...
tanamkan
LAILAHAILLALLAH!
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH

DAN SEDARLAH, KAU HANYA SEORANG HAMBA ALLAH...

AMIN,...

knie@bob
1555pm
rabu
1143






Monday, September 15, 2008

...pErKoNgSiAn...

td lepas dari terawikh,bro duk berborak ngan junior pasal surau n msu
dari perbincangan tu, dapat la bro tau, diorang nak kan surau tu meriah, ade yang rase sedih sebab x de orang....

bro pun terpikir kenapa pusat islam x meriah... bro pun ni bukan la insan yang selalu di surau...
mungkin ade care yang kite x nampak pasal HOW nak meriahkan dan dekat dengan aktiviti surau(pusat Islam)

bro sebenarnya x paham ape fungsi pusat ISlam, maksud bro bukan surau tp pegwai yang jadi penjaga surau tu...

cmne nak dekat dengan pelajar2...

pmi da nampak keje nye, program...
dekati pelajar, biar mereka nampak kite membebaskan bukan memaksa....

xpe, ape2 pun akan di cube untuk mendekatkan diri dan fahami....
ape2 pun yang penting perkongsian...

...MaKnA SeBuAh pEnCaRiAn...

apa yang kamu pikir?
minda bisa menjawab
apa yang kamu rasa?
minda bisa mentafsir
tp
siapa kamu???
terdiam
pelan2 mulut berbicara
aku kan tetap aku
aku apa yang kau nampak
aku apa yang kau lihat
tapi ku sedar, jiwaku semakin memberontak,
terasa ia menjerit
menyanggah dan inginkan jawapan yang lain
aku hanya mampu diam dan terus mencari
aku terus mencari
mendambakan jawapan yang pasti
mana aku akan ketemui ketenangan jiwa hakiki
abadi untuk selamanya
sekarang, aku ketemui jalan,
untuk apa aku disini
untuk apa aku dilahirkan
untuk apa di utus di muka bumi ini
ku pejamkan mata,
ku teroka alam semesta
ku ketemui bukti alquran
ku yakin padanya
ku singkap perjuangn agung para rasul
aku temui satu cahaya
menjawab apa makna hidup mu
mengungkap potensi mu
merungkai segala belenggu mu
aku terdiam dan mencari
aku adalah hamba ALLAH
LAILAhaillallah
tiAda tuhan selain ALLAH
aku akan terus mencari
hatiku milikMu ALLAH
SELAMANYA!
amin
0938
isnin
komputer 1143
nukilan untuk sahabat2 ku dan semua sahabat esq angkatan ke empat,ATS,alumni(senior) dan juga trainer PAK FIRDAUS(semsang) N ABG FAIZI(rudy dan sikat gigi)
semoga ketemu lagi
165
...amin...

... DeMi mAtAhArI...

demi matahari, dengan sinarnya di pagi hari
demi bulan apabila ia mengiringi
demi siang apabila ia menampakkan diri
demi malam apabila ia menutupi
demi langit dan seluruh pembinaannya
demi bumi dan seluruh hamparannya
demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
ALLAH mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketaqwaan
beruntung bagi yang mensucikannya
merugi bagi yang mengotorinya
surah asy-syam(matahari) ayat 1-10

Friday, September 12, 2008

...luruskah kau...

bicara bermula...
kau berbicara soal siratul mustaqin
kau menggemakan kalimah kebenaran
mengetarkan jiwa pendengar2
mencairkan jiwa manusia
bicara tersedia
dimana semua ini terhamapar
jiwa dan jasad berkecamuk
kata2 di depan menggetarkan
jiwa di dalam bagai tiada apa
bicara terjaga
muhasabah dan berfikir
persoalan terkeluar
bermula satu pencarian
antara jasad,minda dan jiwa
melihat dan mentafsir kecelaruan
bicara bersedia
tertanya dan bertanya
terfikir dan berfikir
mana dan dimana
semua ini dicari dan dipendam dijiwa
dan terkeluar dari jiwa ke rongga
berbunyi semua persoalan qalbu
bicara berjuang
adakah aku berceramah kerana ALLAH?
adakah aku bekerja kerana ALLAH?
adakah aku berpersatuan ingin mencariNYA?
adakah tangan ku ini lenguh keranaNYA?
adakah minda ku penat berfikir program agama keranaNYA?
atau ia hanya
kerana ingin bergaul mesra dengan rakan!!!
ingin menghilang tekanan dirimu!!!
ingin mencari nama!!!
mendambakan pujian!!!
dan diri mu disebut2 di bibir masyarakat!!!
bicara terkedu
mencari jawapan bukan bermakna mendapat jawapan
mencari simpulan bukan bermakna tersimpul
dan jiwa perlukan sokongan jasad
jasad perlukan jiwa
dan persoalan dijawab
"kejarlah redhaNYA,kerana disana terdapatnya syurga hakiki,pujian bidadari yang lebih indah dari manusia dan itulah motivasi para pejuang ISLAM"
bicara bertanya
disini bertanya la pada dirimu,
ADAKAH BETUL KAU MENGINGINKAN SIRATUL MUSTAQIN WAHAI PEMILIK2 JIWA?
...bicara membisu...
0230pm
jumaat
120908
komputer 1143

Thursday, September 11, 2008

...MuSaFiR fAnA...


musafir fana
berjalan dan berjalan
dari bersemangat ke mengah2
tetap diteruskan
jangan tanya kenapa,
aku tidak tahu
dan aku tak pasti
jiwa mengatakan kau perlu teruskan
dan kaki masih melangkah
terjatuh dan tersungkur
di tengah2 perjalanan
kaki sudah kesakitan
putus asa menjelma
jiwa goyah dengan kepenatan
putus asa di perjalanan
terdiam sebentar di epi jalan
melihat insan lain meneruskan perjuangan
aku terpikir sendiri
adakah aku di lahirkan seorang yang tewas
dan apa yang ingin di tunjukkan pada diriku
sahabat menggamit
memberi semangat dan sokongan
tidak aku ketahui keikhlaan,
itu bahagian tuhan
yang pasti aku terharu dan mula bertenang
kaki sakit, hati tercabar,jiwa bertenang
sahabat disisi menjerit takbir
sebelah menyeru tahmid
dibelakang bergema tasbih
terkesima aku
inikah yang ingin diberikan kepasa aku...
bahawa aku tidak mampu berseorangan
menempuh perjuangan mencari tiket syurga
aku bangun dengan hati berbaur dan cemas
cerun disisi sungguh dalam
dan mungkin ini malam terakhir aku
diperjalanan mencari makna TALI ALLAH
aku memandang sahabat2
dan aku tekad meneruskan
aku tetap tejatuh dan tergelincir,
tangan dihulur,tali di pegang,
dan aku terus berjalan
tekad dan sokongan adalah kunci nya
bergema pekikan mengetuk jiwa
subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar
ku pejamkan mata dan air mata bergenang
aku kerdil didunia MU
tapi tetap aku cari MU
walau pun aku berjumpa MU di mahsyar
biarlah buku amalan ku diterima dengan kananku
perjalanan berakhir dengan kenangan
dan juga pengajaran
'"ketahui la kau lebih hina dari bumi yang kau pijak jika kau ingkar perintahNYA"
cari la jalan ke NYA selagi nafas tidak terputus dari jasad.
knie@bob
1139pm
khamis
110908
stdn
nukilan khas untuk penganjur,fasi expecially abg aiman dan semua sahabat2 yang membantu aku di kem mujahadah Islam di impian country resort anjuran pmi

Wednesday, September 10, 2008

...AkU DaN Si kEtAm...

berjalan aku di tepi pantai
ombak menggulung bumi,
terhenti aku disini,
melihat sang ketam berjalan mengiring
dan tidak tegak ke depan
aku duduk di pasir basah

mengelamun dan termenung
melihat bekas tapak ketam di pasir
aku tersenyum,dan terpikir
pepatah melayu menyebut,
BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN

Aku menunduk,
dan air mata ini mengalir,
mengenang kisah aku dan kenangan
30 tahun dulu ia bermula
kisah cinta aku dan dia
isteri ku jadika
nrumahtangga ku dirikan

erm...
aku menjadi ketua pada yang jahil

mengajar pada yang tak tahu
isteri mengikut...
terbayang kebahagiaan
tetapi,

aku lupa aku mengjarnya tentang dunia
tp tidak cerita akhirat
aku mendidik keluarga dengan demokrasi bukan NUR dari tuhanku
mendisiplinkan keturunanku tp bukan dengan hukum MU
argh

kesannya sekarang...
30 tahun berlalu
anak2 sudah dewasa,mendapat pangkat dan kaya raya
isteri bergelar datin kerana gelaranku
semua nya makin tampak...
kesesatan makin nampak...

aku cuba mencari jalan pulang...
tapi aku nampak tapak2 ku dahulu,
berbekas dan anak2 ku mengikutinya...
argh...
semua nya salahku,aku sekarang terpinggir di rumah warga emas

tepi pantai ini aku melarikan diri dari kesepian dan penyesalan
sebelum diri ditarik ke katil semula
aku menangis...

sedar ku,
ilmu penting untuk memimpin
dan aku hanya ketam yang tak mampu
mengajar keturunan ku erti
'siratul mustaqin'
knie@bob
1126pm
100908
rabu
depan komputer

...bLoG...

blog ini adalah satu medan bro berkarya tanpa rasa terikat...
bro teringat bahawa kita akan dipertanggungjawab kan ngan apa yang kita tulis...
bro pikir blog bro akan banyak dengan sajak kerana inilah favorite bro dari bro sek dulu... banyak da hasil nukilan bro hilang kerana tiada sistem file dan hanya ditulis dikertas2 sahaja... sekarang ni bro akan cube berkarya di sini, mungkin komen2 kawan2 boleh menjadikan apa yag bro luahkan dalam sajak dapat diselesaikan...
amin...

...aKu dAn dUniA...

aku dan duniaku
selalu terpikir siapa aku,
tapi lupa siapa aku,


aku
selalu ingin mencari yang baru
tapi lupa mengamal aper yang ader dahulu
aku
selalu berpikir masa depan,
tapi lupa nak melompat lubang gagal dihadapan,

aku
selalu ingin berjaya
tapi lupa nak berusaha,

aku
sekarang ingin sentisa tidak lupa,
tapi mampukah aku mengubah apa yang dah jadi tabiat aku,
jika aku ini ingin berusaha untuk berjaya,
masih ada kawan ker untuk menyokong...

aku
tetap aku yang banyak cabaran,
tanpa sahabat, bagai tiada cermin untuk aku lihat comot di di muka...